Thursday, December 31, 2009

Melayu Perlukan Pemimpin Yang " Kemetot " dan " Berkaki Lebar ".

Ya. Memang Melayu perlukan pemimpin yang 'kemetot' dan "berkaki lebar'. Maksud kemetot disini ialah pemimpin yang 'komited' dan berkaki lebar pula membawa maksud yang berkaliber.

Telah hampir separuh abad kaum Melayu khususnya di Malaysia mengharungi badai kemerdekaan namun sehingga kini Melayu masih jauh terbelakang berbanding dengan kemajuan kaum-kaum lain.

Apa yang dikejar oleh Melayu? Duniawi ? Atau mereka mengejar akhirat?

Jawapannya ialah dua-dua tidak dikejar. Melayu hanya menunggu kiamat. Itulah jawapan sebenar...

SOKONG DALAM TAKUT-TAKUT.

Jika dikumpulkan semua ahli Pas dalam negara ini , nescaya Pas tidak akan dapat mencipta kejayaan. Dalam semua ahli Pas tetap juga terdapat ahli yang tidak aktif atau dinamakan ahli yang pasif maka bertambah payahlah Pas untuk menghasilkan kejayaan. Namun kenapa pada PRU - 12 yang lalu Pas mengegarkan dunia politik tanah air bila muncul sebagai parti yang mendapat mandat untuk memerintah 3 buah negeri yang diletakan di bawah pakatan rakyat? 1 buah negeri iaitu Perak telah di tarik balik oleh FINANCE.
Ramai yang menyokong Pas tetapi tidak ramai yang mahu menjadi ahli. Apakah yang membuatkan mereka ini takut atau apakah mereka ini takut kepada PAS atau hanya mahu melihat keupayaan PAS terlebih dulu sebelum mahu memberi komitmen sepenuhnya.
Sebenarnya ramai yang tidak mahu menjadi ahli PAS bukanlah mereka takut dengan PAS tetapi mereka ini takut dengan Umno. Itulah hakikat yang menyokong Pas tetapi tidak mahu menyertai Pas.
Itulah Umno yang kadang-kadang lebih mengalahkan tentera Jepun .........dulu Umno takut dengan tentera Jepun tapi sekarang ni orang Jepun pula takut kat Umno. Inilah satu-satunya kejayaan Melayu di mata Jepun........

Tuesday, December 22, 2009

PAS - HANYA MENANG SOKONGAN TAPI AHLI KURANG.

PAS harus menerima hakikat ini bahawa memang ramai yang sokong perjuangan PAS namun kenapa mereka memilih untuk tidak mahu menjadi ahli.
Di kalangan anak muda memang ramai yang memberi sokongan mereka kepada PAS namun bila di pelawa menjadi ahli mereka akan menolak dengan pelbagai alasan. Perkara seperti ini sepatutnya menjadi tugas PAS untuk membuat post-monterm terutama pucuk pimpinan parti dari kalangan negeri itu sendiri.
PAS negeri sepatutnya menyediakan sebuah lagi Lajnah yang mampu membuat kajian kepada setiap kelemahan PAS kemudian membentangkan kertas kerja tersebut di dalam satu program khas yang perlu di rangka bagi menjamin kestabilan PAS.
Sebuah Lajnah yang lebih berupa LAJNAH KAJIAN & PEMBANGUNAN PAS NEGERI harus di siapkan untuk PAS berdepan dengan PRU 13 dan Lajnah ini juga dapat di gunakan bagi membuat kajian-kajian dalaman kepada masalah PAS itu sendiri terhadap masalah di KAWASAN mahupun di CAWANGAN.
Mahukah PAS PULAU PINANG menyahut seruan ini bagi mengukuhkan lagi sokongan terhadap PAS ?

Friday, December 18, 2009

350 Juta Melayu Dalam Dunia?

Saya membaca buku yang ditulis oleh Datuk Zaid Ibrahim. Seorang ahli dan pejuang Umno suatu ketika dulu yang kini telah di pecat dari ahli Umno kerana sebab yang tidak bersebab. Dulu , Dato Onn Jaafar pengasas Umno pun sebenarnya lebih kurang macam kena pecat juga walaupun Dato Onn yang letak jawatan dan mohon keluar dari Umno.
Dalam buku yang ditulis oleh Datuk Zaid Ibrahim yang bertajuk " Saya pun Melayu " ada menyataka bahawa terdapat sekitar hampir 350 juta orang di seluruh dunia ini boleh di klifikasikan sebagai Melayu. Klifikasi Melayu ini adalah dengan tidak merujuk kepada istilah Melayu yang di keluarkan oleh Dewan Bahasa & Pustaka yang membawa erti Melayu adalah " mereka yang mengamalkan adat resam Melayu , bertutur dalam bahasa Melayu dan beragama Islam.
Jika kita melihat satu persatu tentang penyataan dari Dewan Bahasa & Pustaka ( selepas ini akan ditulis dengan singkatan DBP ) tentang mengamalkan adat resam Melayu sebenarnya adalah merupakan sebuah jurang yang luas dan tidak terbatas pada hakikatnya. Ini kerana adat resam Melayu sebenarnya tidak pernah di standardkan mengikut piawaian SIRIM ataupun dari sudut mata pandang agama Islam itu sendiri.
Disebabkan adat kekadang ada terdapat adat yang menyalahi ibadat. Oleh itu sebuah rang undang-undang adat Melayu sewajarnya harus di ulang kaji semula dan kemudian hendaklah dinyatakan sebagai adat dasar ataupun di namakan adat permula agar adat-adat Melayu yang sebenar tidak dicampur dengan kesalahan di dalam ibadat.
Adat Melayu pada dasarnya adalah di ambil dan diserap melalui ibadat Islam itu sendiri sebenarnya. Asal dan permulaan adat Melayu adalah menghormati agama Islam sebagai agama mereka adalah merupakan tunggak adat yang mula dalam adat orang Melayu.
Pertembungan antara adat dan ibadat dalam kehidupan orang Melayu bukanlah satu hal yang baru dan kita aka bincangkan perkara ini untuk satu sesi yang akan datang InsyaAllah.
Melalui tajuk diatas sebenarnya saya ingin nyatakan bahawa UMNO melihat 350 juta Melayu adalah merupakan peluang kepada UMNO untuk mempeluaskan pengaruhnya berdasarkan kepada istilah Melayu yang mereka gunakan sebagai mentafsirkan kaum Melayu di dunia ini. Namun kenapakah istijak majmuk Melayu itu tidak digunakan dalam kamus Umno untuk mentafsirkan orang Melayu di Malaysia ini.
Saya bersetuju dengan pandangan Datuk Zaid Ibrahim yang di tulis dalam bukunya itu dan saya berpendapat bahawa buku Saya pun Melayu harus di jadikan sebuah buku rujukan luahan rasa bagi kaum Melayu memahami bagaimanakah perjuangan Umno yang sebenarnya tidak berdasarkan Melayu dan Islam melalui penulisan seorang yang pernah berada di dalam Umno.

Tuesday, December 1, 2009

POLITIK : SIAPA TUNGGANG SIAPA ?

Di dalam politik akan ada 2 bahagian yang sentiasa di sebut oleh ramai orang. Pertama parti dan kedua adalah ahli. Untuk mencapai sesuatu hasrat di dalam politik salah satu dari 2 yang disebutkan tadi harus menjadi KUDA.
Sekarang marilah kita merenung apakah kita yang jadi KUDA atau parti kita yang menjadi KUDA kepada kita.
Satu perbezaan yang besar antara PAS dan UMNO yang jarang dilihat oleh orang ialah tentang siapa yang jadi kuda dan siapa pula yang jadi jockey. Ahli-ahli PAS adalah di latih untuk menjadi kuda dan PAS adalah jockey. Jadi untuk mencapai hasrat PAS pasti akan ada kuda yang perlu dikorbankan , akan ada kuda yang keletihan dan akan ada kuda yang porlu di bersarakan.
Berbeza dengan UMNO , ahli-ahli umno menjadikan UMNO adalah kuda mereka. Mereka akan tunggang kuda ini untuk mencapai hasrat politik mereka. Akhirnya memang mereka sampai ke tempat tujuan namun KUDA mereka semakin rosak , kuda mereka semakin tenat dan penat kerana kuda mereka hanya satu iaitu UMNO. Mereka tunggang UMNO menjadi kuda mereka dan ahli-ahli UMNO menjadi jockey kepada parti mereka.
Dalam erti kata lain ialah :
Ahli-ahli PAS menjadi KUDA kepada PAS bagi mencapai matlamat dan tujuan sedangkan AHLI UMNO pula menjadikan UMNO sebagai KUDA untuk mencapai hasrat dan tujuan mereka. Inilah sebuah perbezaan antara PAS dan UMNO.
UMNO berjuang untuk ahli-ahlinya. Ahli-ahli PAS berjuang untuk partinya. Renung dan lebarkan minda.....maka anda akan temui akan erti sebuah pengorbanan............

Sunday, November 29, 2009

FUNGSI ISLAM TERHADAP PERBEZAAN


Surah Al-Maidah dalam ayat ke - 3 Mahfumnya :

" Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagi mu agama mu dan telah Aku cukupkan nikmat Ku bagi mu dan Aku redho Islam itu menjadi agama mu "
Islam adalah sebuah agama yang disempurnakan oleh Allah kepada umat manusia. Kesempurnaan Islam tidaklah hanya terletak kepada perkara Tauhid dan Fekah semata-mata malah Allah juga melengkapkan Islam ini menjadi sebagai sebuah addeen iaini sebuah sistem kehidupan yang dilengkapi dengan hukum dan perundangan yang termaktub di dalam al-quran dan hadis.
Islam adalah sebuah cara hidup. Sebagai sebuah cara hidup maka Islam dilengkapi dengan kepelbagaian sistem bemula dari sistem Taharoh ( bersuci ) hinggalah kepada sistem perkebumian jenazah iaini sebuah sistem dari awal kehidupan hingga akhir kehidupan sebagai seorang manusia telah dijelaskan oleh Allah melalui al-quran dan rasulNya.
Antara sebab mengapa Islam itu penting kepada manusia adalah kerana HANYA ISLAM YANG MAMPU MENGURUS SETIAP PERBEZAAN ANTARA MANUSIA.
Allah menjadikan manusia maka Allah juga menurunkan Islam sebagai pengurus kepada manusia itu sendiri. Sesiapa yang gagal menguruskan Islam ke dalam dirinya bererti dia juga gagal mengikut sistem pengurusan yang telah ditetapkan.
Setiap manusia itu berbza antara yang lain , setiap bangsa juga berbeza dgn bangsa yang lain dan hanya Islamlah yang mampu mengabungkan semua perbezaan ini. Hanya Islam yang mampu menjadi pengurus kepada perbezaan ini.
Maka janganlah di besarkan tentang bangsa kerana sebuah bangsa pasti gagal menguruskan perbezaan didalam bangsanya tetapi hanya Islam yang wajib diambil sebagai pengurus kepada perbezaan di dalam sesebuah bangsa kerana sifat Islam itu adalah menyatu dan sama sekali tidak akan bercerai-berai.
Jika ada kemunduran di dalam sesuatu bangsa maka ambilah Islam sebagai pengurus kepada kemunduran bangsa itu. Biarlah Islam yang menguruskan kemunduran sesuatu bangsa. Dengan melihat kepada "MASA" sesungguhnya manusia sentiasa berada di dalam kerugian kecuali golongan yang beriman dan golongan yang sentiasa menyuruh ke arah kebaikan.
Di dalam Islam juga terkandung kepelbagaian sistem hidup maka biarlah Islam itu yang menguruskan kelahiran , biarlah Islam itu yang menguruskan hebahan kepada sebuah kelahiran dengan disunatkan akikah pada hari yang ke tujuh dengan ketetapan 2 ekor kambing pada anak laki-laki dan seekor kambing pada anak perempuan.
Ambillah Islam itu sebagai pengurus kepada sebuah perkahwinan dan ikutilah sesuatu yang telah di halalkan dalam sesebuah majlis perkahwinan dengan meninggalkan sesuatu yang telah di haramkan Allah di dalam sesebuah perkahwinan. Inilah yang dinamakan sistem di dalam Islam.
Islam telah mengariskan semua sistem untuk semua perkara yang ingin manusia lakukan. Kenapalah sesebuah bangsa itu harus berada di dalam kekufuran setelah mereka mengetahui bahawa Islam itu adalah sebuah cara hidup............

Tuesday, November 17, 2009

BAHASA JIWA BANGSA !

Hampir 10 tahun yang lalu saya pernah bercakap tentang hal ini iaitu BAHASA JIWA BANGSA tetapi apakah nilainya sebuah JIWA sekiranya tidak mempunyai MINDA. Tahukah apa yang menjadi MINDA pada sesebuah BANGSA?

Yang menjadi MINDA pada BANGSA adalah AGAMA oleh itu ingatlah :

BAHASA JIWA BANGSA & AGAMA MINDA BANGSA.

Sesuatu bangsa dibangunkan oleh agama yang menjadi ikutan sesebuah bangsa. Ini dapat dilihat melalui sejarah tamadun sesebuah bangsa. Sesebuah bangsa tidak akan maju jika tidak memperolehi agama yang tepat. Banyak bangsa yang hancur bersama semangat kebangsaan mereka. Namun banyak bangsa yang mampu bangun dan bangkit kembali apabila mendapat suntikan yang tepat dari sebuah agama yang benar.
Ambillah agama untuk membetulkan bangsa dan jangan diambil bangsa untuk betulkan agama.

Sunday, November 15, 2009

BERSABARLAH WAHAI PENDAKWAH....

Tiba-tiba teringat pesanan guru....bersabarlah wahai pendakwah. Banyak ujian dan hal-hal yang tidak akan terfikir oleh kamu akan datang sebagai ujian buat kamu. Kekadang doa-doa kamu seolah-olah tidak pernah didengar .......kerana itu juga ujian buat kamu. Kekadang jemaah kamu akan semakin hilang dan lenyap...itu juga ujian buat kamu. Kekadang kemenangan akan mengisi ruang kosong keinginan kamu ....itu juga ujian buat kamu. Jadi ? Apa yang sebenarnya bukan ujian?
Kesyukuran....kesyukuranlah bukan ujian ...kesyukuran adalah pujian bagi hamba kepada Tuhannya. Bersyukurlah kerana kamu dipilih sebagai pendakwah....sebagai pengerak roda-roda tarbiyah dan sebagai pemandu kenderaan lajnah untuk menuju mardhatillah............oleh itu berhati-hatilah ketika memandu ! Ingatlah orang tersayang iaini Rasullullah s.a.w yang telah mewariskan Iman & Islam kepada kamu. Yang telah memberi peta hidup kepada kamu iaini Al-quran & Sunnah. Semoga selamat sampai ke tujuan.............

Saturday, October 31, 2009

ANTARA MELAYU & ISLAM

Di Malaysia Melayu adalah Islam. Itulah kata-kata dewan bahasa dan pustaka dan juga beberapa insan Melayu yang lain. Agama diturunkan adalah sebagai jalan hidup dan salah satu tujuan agama diturunkan juga adalah ujian kepada sesuatu bangsa.
Melayu di Malaysia ada sesetengahnya terus menjadi Melayu , sesetengahnya memang mahu menjadi Islam dan sesetengahnya Melayu pun tak berapa Melayu dan Islam pun tak berapa Islam. Golongan yang terakhir inilah yang sering buat kacau bilau dalam masyarakat Melayu.

Tuesday, October 20, 2009

BAHASA

Segenggam Emas Sekalung Budi

Hidup bangsa hiduplah bahasa kerana jiwa sesebuah bangsa di nilai dari bahasanya. Perbendaharaan Kata Siam-Kedah ini adalah merupakan asas kepada pengenalan sejarah bahasa dan perlu di beri perhatian kerana pernah menjadi bahasa istana di suatu ketika dahulu.
Diharap asas yang sebagai permulaan ini sedikit sebanyak dapat menarik ramai peminat bahasa dan pengkaji untuk terus menyambung kesinambungan bahasa ini dengan lebih jauh lagi. Tidak lupa juga kepada semua yang membantu menjayakan buku ini , di ucapkan berbanyak terima kasih atas segala bantuan yang telah diberi. Istimewa untuk anak-anak dan isteri tercinta, terima kasih kerana sokongan dan kesabaran yang tinggi sehingga membuahkan asas perbendaharaan kata ini.
Di akhir kata terima kasih buat bonda Salmah Hashim semoga Allah merahmati bonda sentiasa. Kepada semua pembaca terima kasih tak terhingga kerana sokongan anda dan terimalah ingatan dari saya :

“Bahasa kalau pandai dipelihara malah ia lebih berharga dari permata”

Qorie Afifi
Kayu Bangun-Kg. Naa pija

Thursday, October 8, 2009

Indonesia vs Malaysia

Sejak dua menjak ni , kita sering dengar kata-kata kesat sebahagian pihak dari Indonesia kepada Malaysia. Bermula dari lagu RASA SAYANG HE terus bertukar kepada RASA MELUAT HE kat geng-geng yang selalu menyakat Malaysia dengan kalimah MALING yang bererti pencuri.
Apakah layak pihak tertentu dari Indonesia melabelkan Malaysia ini pencuri kepada khazanah mereka.
Antara produk yang menjadi isu keoada Malaysia dikatakan telah merompak khazanah Indonesia adalah seperti berikut :
1. RENDANG PADANG - NEGERI 9
2. LAGU NEGARAKU -
3. TARIAN RAKYAT BALI YANG DILETAKAN DALAM IKLAN VISIT MALAYSIA
Antara produk / barangan lain atau hal-hal lain yang akan menjadi isu ialah :
1. Bakso frozen yang dikeluarkan di Malaysia
2. Ahmad Tarmimi Serigar - ini pun nanti boleh jadi isu juga kata khazanak indonesia kerana SIREGAR adalah marga dalam suku Maidailing
3. Saifudin Nasution - ini sama dengan Ahmad Tarmimi Siregar yang marganya sama dalam maidailing.

Thursday, July 2, 2009

DAP KEDAH KELUAR DARI PAS KEDAH

Isu ni tak berapa panas sangat sebab berpunca dari pusat penyembelihan babi haram. Kalau sekali haram saja rasa-rasa Pas Kedah boleh terima lagi kut tapi kes ni dah jadi 2 kali haram maka kerajaan pakatan negeri Kedah pun minta pusat penyembelihan ni beredar secara hormat dan memberi tempoh sebulan tapi sebelum keluar surat yang sebulan tu rasa-rasa 3 bulan yang lepas pun dah di beri peringatan by verbal sebelum diruntuhkan.
Lokasi yang strategik bukan senang nak diperolehi dan untuk mencari tapak yang sesuai rasa-rasa pun susah lah jugak tapi ini hal kecil saja pemasaran babi di alor setar pun bukan nya tinggi mana pun.

Sunday, June 28, 2009

DEBAT PAS-UMNO

DEBAT PAS-UMNO adalah sebuah igauan kerana ianya hanya akan menjadi hiburan semata-mata kepada rakyat kerana jalan penyelesaian tidak berada di dalam debat tersebut. Yang perlu dan sebenarnya yang penting adalah SEBUAH SEPAKATAN. Kita tidak boleh mengambil bangsa untuk memperbaiki agama namun jalan yang benar adalah kita harus mengambil agama untuk perbaiki bangsa. Sekiranya kita meletakan sesuatu yang bukan pada tempatnya bererti kita sedang membina sebuah tugu kezaliman...

Thursday, June 25, 2009

KERAJAAN PERPADUAN - ALAHAI.....

Kebelakangan ini isu kerajaan perpaduan dilihat sebagai sebuah isu yang menarik dan agak panas untuk dibincangkan. Namun ingin saya nyatakan PAS samasekali tidak akan bergabung bersama UMNO dalam hasrat mencapai kedudukan parti masing-masing.
Di Pulau Pinang sebenarnya sebuah kerajaan kecil yang berlandaskan kerajaan perpaduan seharusnya telah boleh dibentuk. Ini kerana adanya pertembungan antara 2 jkkk dalam sebuah kawasan. JKKK(N) adalah perlantikan dari kerajaan negeri kepada individu tertentu dan JKKK(P) pula adalah lantikan pusat kepada individu tertentu. Didalam masalah akar umni inipun UMNO masih mahu memecahkan JKKK kepada 2 kumpulan. Kumpulan JKKK(N) adalah untuk pakatan rakyat dan ahli umno yang masih wujud pula boleh menggunakan saluran JKKK (P ) sekiranya ada masalah dan JKKK (P) akan siap bekerja tanpa mengira samada ianya wajar atau tidak wajar diwujudkan.
Kewujudan JKKK(P) sebenarnya telah mengundang pelbagai presepsi dari kalangan masyarakat. Didalam pentadbiran masjid di Pulau Pinang masih tidak mahu mengambil ajk masjid dari kalangan PAS kerana takut kepada perkara-perkara tertentu sehinggakan dari 15 orang ajk masjid yang tinggal cuma 4 dan kerana 4 orang ajk saja maka banyaklah program tidak dapat dijalankan secara optima di masjid tersebut.
Kerajaan perpaduan boleh diterapkan dimasjid-masjid jika kerajaan mahu dan disini kita dapat lihat apakah ada perpaduan ataupun akan adanya ADUAN.
Akhir kata : "BERFIKIRLAH SEBELUM BERTINDAK " ....ANDA TIDAK MAMPU MENGUBAHNYA ( KERANA SEBUAH TAKDIR ITU ADALAH KETENTUAN DARI ILAHNYA)..

Tuesday, June 16, 2009

RAMAI YANG GILA

Lama juga ana tak memblog disebabkan tapi Alhamdulilah hari ini dapat memblog balik. Selama ketiadaan memblog ni , ana dihujani beberapa persoalan yang berkisar tentang Islam di Malaysia. Kekadang ana lihat dan rasa mungkin mereka ni gila kut atau tak cukup akal yang waras kerana sering dan selalu saja ada yang mentaksirkan Islam mengikut acuan dan kehendak mereka saja.
Kes gila yang pertama :
Sebuah syarikat multilevel marketing yang melabelkan MLM Syariah berniaga secara berhutang dengan pembekal Islam sedangkan dengan peniaga bukan Islam dia berniaga secara tunai. Ini kes nampaknya Non- Muslim tak bagi hutang sama dia. Dekat kita dia mai jual sekupang dua - kena bagi hutang. Masalahnya bukan hutang tapi masalahnya dia lambat dan pushing2 waktu nak bayar hutang. Dengan slogan 'meniaga dalam Islam tak ada hutang2' tapi bab dia dgn pembekal berhutanglah pulak. Tak ke gila ?
Kes gila yang kedua :
Aminah Wadud - nak samakan taraf wanita dengan lelaki sehingga beliau sendiri menjadi imam solat Jumaat. Dia juga menuntut agar orang ramai yang buta perut menyokong tindakan beliau. Tak ke gila ?
Kes gila yang ketiga :
Ramai wanita Islam di Malaysia tutup aurat mengikut minda mereka tanpa mahu merujuk bagaimana kaedah yang benar melalui al-quran & sunnah. Mereka menaksirkan Islam hanya menggunakan akal mereka yang dangkal. Tak ke gila ?
Kes gila yang keempat :
Ramai yang tidak tahu beza antara TAHU , PERCAYA & MEMAHAMI. Ramai yang TAHU tentang Islam tapi tidak PERCAYA dengan Islam dan ramai yang TAHU & PERCAYA pada Islam tapi tidak MEMAHAMI apa itu Islam. Tak ke gila ?

Monday, May 18, 2009

DOKTRIN MULTI-LEVEL

Tiada apa yang lebih baik kecuali hanya produk dari syarikat mereka saja yang benar. Tidak ada pakar yang lebih pakar dari mereka kecuali hanya pakar yang diakui syarikat merekalah yang pakar. Kekadang naik seram bulu tengkuk bila mendengar mereka menyatakan kepada kita 'jangan taksub kepada guru kerana guru itu tiada apa-apa ( mereka tujukan pada pengikut tarikat ). Memang ada kebenarannya. Namun dalam kita menjual produk syarikat tertentu jangan pulalah kita menghina produk orang lain kerana kesembuhan itu terletak pada Allah bukan pada syarikat multi-level tertentu.
Timbul pula beberapa ayat mengharapkan orang luar agar tidak lari akidah tentang perubatan dan tidak taksub pada guru tarikat namun keempat-empat imam besar yang membawa mazhab semuanya bertarikat. Mungkin golongan mereka yang menyatakan jangan terlalu patuh pada guru tidak berpegang dengan mana-mana mazhab. Sedangkan mereka lupa , ulama yang mengariskan mazhab juga adalah seorang yang berstatuskan guru. Namun ini tidak diterangkan sehinggakan mereka lupa tidak bermazhab juga adalah merupakan satu mazhab.
Mereka berbicara seolah-olah ilmu mereka lebih tinggi dari 4 ulama besar yang mengariskan mazhab bagi mengimbangi iabdat mengikut keadaan geografi.
Rata-rata muliti-level hari ini sebenarnya sedang menyebarkan doktrin mereka dan ramai ahli-ahli mereka tidak sedar bukan sahaja plan pemasaran sahaja yang diajarkan pada mereka malah sebuah doktrin juga turut disuntik bagi menjayakan hasrat mereka.
Inilah yang dikatakan...jika kita memilih munafik sebagai pemimpin maka pimpinan itu akan di pimpin dengan penuh kemunafikan. Jika kita memilih seseorang yang jahil maka kejahilan itulah yang akan di serap kepada kita.
Mencari yang halal itu adalah fardhu namun ianya bukan sahaja pada makanan namun juga terletak pada tanah tempat kita mendirikan rumah. Ramai ahli syarikat itu bercakap tentang produk halal namun hampir 40 tahun tinggal di tanah haram yang tidak diredho oleh tuannya dan tidak sesen pun mereka membayar sewa tanah kepada tuannya.
Kena bab tanah , mereka lupa mencari yang fardhu !
Kerana duit kekadang otak besar pun boleh jadi sempit ..........

Monday, May 11, 2009

NIZAR MASIH SAH MB PERAK.

Saya terima SMS dari KL yang mengatakan ' Mahkamah akui Nizar Masih MB'.

Terkejut juga dengan penyataan sms tu tapi saya mula nampak Camry yang dah lelong , beberapa projek yang telah di tandatangi oleh Zambry dan beberapa kawan baru Zambry yang muncul tatkala Zambry memegang jawatan MB Perak. Bagaimanakah Zambry akan menghadapi perkara ini dengan punduduk Pangkor yang telah dijanjikan beberapa janji momok-momokan dari pihak Zambry. Dan apakah akan ada tuntutan dari Nizar kepada Zambry berkenaan beberapa hal yang telah di buat oleh Zambry yang sepatutnya hanya dibuat oleh MB yang sah.
Apakah tuntutan pencabulan kuasa MB akan dilaungkan kepada Zambry ?

Sunday, May 10, 2009

2 Golongan Dalam Politik.

Sembang punya sembang tanpa sedar baru saya menangkap kebetulan ada 2 golongan dalam politik sebenarnya. 1 golongan yang menipu dan kedua golongan yang mahu di tipu. Situasi terjadi dalam kes politik di Malaysia sekarang ini.
Majlis tertinggi akan cuba menipu dan majlis terendah memang otak telah disiapkan untuk menerima apa-apa yang mahu di tipu. Jadi bukan mudah sekarang ini nak berkempen untuk tambahkan ahli kalau terjumpa dengan golongan yang telinga mereka memang dah bertahun redha di tipu dan sorry lah kalau mereka mahu mendengar hal baru yang penuh kejujuran. Dalam politik bukan mudah nak cari orang mahu benar-benar jujur tapi bukan mustahil untuk cari orang yang jujur dalam berpolitik.
Dunia sekarang ini , siapa penipu dan pengkhianat merekalah hero. Siapa yang tak jujur dan punya kepentingan peribadi , merekalah pemenang dalam dunia politik hari ini. Jadi tepuk dada tanya selera ! Di Jepun negara mereka tetap maju walaupun bukan ehem-ehem yang memerintah dan di Thailand jalaraya mereka lebuh bagus dari jalanraya kita yang bertol tak tentu arah tapi di Thailand dari Danok sampai Chaing Mai pun tak kena tol. Jalan pula ada yang 3 lane ada yang 2 lane. Tak payah pun Thailand duk kutip duit rakyat sangat-sangat.
Malaysia secara amnya nampaknya kaya dengan hasil minyak berbanding Thailand tapi bila hal-hal untuk kebajikan rakyat Malaysia kalah banyak dengan Thailand. Penduduk Thailand 3 kali lebih banyak berbanding Malaysia. Next election nanti mungkin Thailand boleh hantar wakil mereka untuk bertanding rebut Menteri Kewangan Malaysia sebab cara Thailand takbir kewangan mereka nampak lebih baik berbanding Malaysia.

Saturday, May 9, 2009

PAS - PARTI POLITIK ATAU GERAKAN JEMAAH ?

Seminggu saya di Thailand menjadikan pandangan saya semakin luas tentang fahaman politik di Thailand dan sedikit tentang politik di tanah air. Sepulang saya dari Thailand juga dikejutkan dengan puluhan sms tentang perkhabaran negeri Perak dan pertanyaan khabar tentang negeri Perak. Oleh kerana saya tidak berada di Perak maka saya simpulkan saya tidak boleh berpandukan sms masuk dan khabar angin jadi tentang negeri Perak tak perlulah dibincang sangat kerana itu adalah masalah negara. Bagi saya , saya lebih berminat berbincang masalah kecil seputar masyarakat tempatan bagi memberi suntikan minda agar sesuatu yang dekat itu perlu di rubah terlebih dahulu dari merubah sesuatu yang jauh dari kita.
Saya tiba dari Thailand jam 9:00 malam di rumah dan pada jam 11:00 malam , seorang sahabat lama yang sama-sama bersekolah di secandary school tiba-tiba menelefon saya untuk ajak minum malam. Biasanya saya menolak minum malam kerana banyak urusan yang ingin saya buat tetapi memandang sahabat ini dari KL dan terus singgah di rumah maka menerima pelawaan minum bersama beliau adalah merupakan satu penghormatan buat beliau.
Kami membuat keputusan untuk pergi minum dengan kereta beliau dan di temani seorang teman lagi iaitu Bekas Ketua Pemuda Pas Kawasan yang terlebih dulu berada lebih awal secara kebetulan di rumah saya. Sahabat saya yang dari KL ini juga adalah merupakan bekas ahli Umno yang berjawatan suatu ketika dulu. Saya pasti , agenda sewaktu minum pasti berkisar tentang Perak atau mungkin juga demam politik Malaysia yang masih panas. Kebetulan juga sahabat saya ini tahu bahawa pemergian saya ke Thailand adalah untuk mengambil sendiri cerita tentang si baju Merah iaitu penyokong Thaksin tentang latar belakang politik Thailand. 2 hari di Pattaya memberikan gambaran sebenar kepada saya bahawa politik Thailand memang stabil dan tingkat keselamatan di Pattaya telah diletakan kepada siaga 3 iaitu kategori keamanan terkawal.
Seperi yang di duga sewaktu minum malam itu , sahabat dari KL terus menanyakan soalan kepada teman saya yang satu lagi ' Pas ni sebenarnya Parti Politik atau Gerakan Jemaah? '.
"Gerakan jemaah " jawap teman yang satu lagi iaitu bekas Ketua Pemuda Pas suatu ketika dulu.
Sahabat dari KL terus berhujah....patut pun. Katanya patut pun Pas tak pernah buat apa-apa agenda atau latihan pengurusan kerajaan Islam pada ahli-ahli Pas sehinggakan rata-rata ahli Pas tak begitu arif tentang kerajaan Islam. Saya mendergar dengan penuh kusyuk bila hal ini di hujah dengan begitu baik.
Persoalannya di sini ialah sahabat saya yang dari KL ini merasakan bahawa ramai Ahli Pas yang tidak sedar bahawa Pas adalah sebuah gerakan jemaah Islamiah yang cuba berjinak dengan politik namun Pas tidak berupaya menyediakan sebuah protokol politik Islam mengikut acuan Rasullullah sebaliknya menunggu kalau-kalau ada insan / individu yang hampir mempunyai jiwa kepimpinan maka individu itu akan terus diletakan sebagai sasaran pemimpin dengan acuan nya sendiri sehinggakan bakal timbul beberapa keraguan dalam sistem Parti Pas kerana perjalanan parti Pas tidak disusun secara sistematik.
Sahabat saya berkata Pas adalah sebuah parti yang tidak bersistem mastik jadi bagaimana sebuah parti yang tidak bersistem matik mampu menerajui sebuah kerajaan. Sahabat saya memberitahu suatu ketika nanti Pas harus janakan ekonomi Parti mereka agar bakal rakyat mampu melihat dasar ekonomi Islam berpaksi atas Parti Pas bukannya asyik menyeru pada politik dan takbir namun akhlak yang dibina jauh menyimpang dari tuntutan syarak.
Memperjuangkan Islam itu benar , menjadikan Islam sebuah kerajaan itu benar tapi benarkah perjalanan Parti Pas di bumi Malaysia ini?
Sampai sini , kami bertiga diam dan masing-masing seolah-olah malas nak menyambung tajuk perbincangan tadi kerana atas beberapa sebab iaitu.....apa yang dikatakan oleh sahabat dari KL ini ada benarnya....

Friday, April 24, 2009

PAS PERLU BERI PERHATIAN TERHADAP EKONOMI.

Macam biasa , duk tak duduk terima call lebih kurang pukul 2 petang. Ada seorang kawan ajak minum petang sambil borak-borak. Rupanya petang itu , kawan ni buka bab ekonomi. Apa yang PAS buat untuk ekonomi dan apa rancangan PAS sebagai sumbangan untuk ekonomi.
Jadi terkedu juga nak jawap soalan ini. Saya bukan arif sangat tentang ekonomi dan perancangan ekonomi dalam PAS ni. Soalan ini kira kalau salah jawap boleh masuk longkang ni fikir saya. Ialah , ada memang ada. Dalam PAS memang ada lajnah ekonomi tapi setahu saya kurang berfungsi atau lebih baik kita kata memang tak berfungsi sangat pun. Tentang HALALAN TOYYIBA pun bukan PAS yang lancar kempen tu tapi hanya sekumpulan peniaga Islam yang memikirkan kepentingan produk halal maka timbullah kempen HALALAN TOYYIBA.
Sambil kunyah-kunyah pak tongko saya berfikir lagi , apa yang perlu saya jawap kat kawan ni bagi redakan gelora jiwanya tentang perancangan ekonomi dalam PAS. Fikir punya fikir jawapan yang elok ialah , saya pun tak tahu perancangan PAS untuk ekonomi. Setahu saya , PAS kurang memberi perhatian dalam membangunkan ekonomi. Itu jawapan peribadi saya kepada kawan ni.
Tak sampai 2 jam , kami pun angkat kaki sebab saya tak mampu nak hurai panjang topik berkenaan ekonomi dalam PAS. Ada macam tiada tapi ada , cuma nampak macam tiada atau memang tiada tapi nampak macam ada , kalau ada kena bagi nampak macam ada , tak boleh macam tiada tapi kalau memang tiada macam mana nak bagi nampak ada. 3 hari pening duk !

Saturday, March 28, 2009

PAKATAN RAKYAT JANGAN CARI ALASAN

Mahu tidak mahu Pakatan Rakyat jangan mencipta apa-apa alasan bai menutup kelemahan sengkangan politik setelah Umno membuka lembaran setelah tamatnya perhimpunan pada hari ini. Barisan MT dan muka-muka baru yang memegang portfolio dalam Pemuda adalah merupakan barisan agresif yang akan berjuang habis-habisan bagi merebut kembali maruah Umno di Malaysia. Saya memandang perlantikan Sdr. Khairy adalah sebagai paradigma yang dirancang bagi mengoyangkan pengundi khususnya kalangan belia yang bakal diserap sebagai pengundi dengan jumlah 4 juta pengundi baru.
Apakah Najib akan memberi laluan kepada Khairy untuk memegang Kementerian Belia dan Sukan pada masa yang akan datang bagi memudahkan Ketua Pemuda yang baru ini membuat tajahan-tajahan berbisa bagi mengisi ruang belia agar barisan Pemuda dan Belia Negara akan di serap di bawah tangan beliau. Hal ini semestinya adalah satu suasana yang sebenarnya telah disusun kian sebelum berlaku pemilihan di PWTC lagi. Banjiran-banjiran komplen dan komen yang tidak berpuas hati dengan perlantikan Khairy terus berkemundang walaupun bas-bas dan kereta telah sampai di perkarangan rumah pemerhati dan perwakilan. Banyak cerita yang merupakan cerita biasa ataupun sebuah rekayasa yang sengaja dicipta bagi mengeruhkan suasana yang berlaku.
Dalam situasi yang lain pula Anwar sebenarnya telah menyenaraikan juga gagasan baru beliau bahawa Parlimen akan terus di goyah dan di goyang beliau bagi merealisasikan PKR bertindak sebagai sebuah kerajaan dalam tempoh yang dirancang. PRU 13 akan terus menyemarak kerana orde-orde baru Umno dengan semangat Presiden yang baru akan membuktikan kehebatan mereka di 3 buah tempat mengundi dalam masa yang terdekat ini. Namun ingin saya ingatkan bahawa Pakatan Rakyat sekarang ini mengalami tekanan yang agresif setelah polis mengeluarkan amaran tidak diperbolehkan berceramah di tempat umum.
Di Pulau Pinang baru-baru ini kes Fairos masih lagi menjadi kes utama kelemahan Pakatan Rakyat dilihat dari kaca mata rakyat bawahan bahawa PKR & DAP gagal mengatur strategi kepimpinan yang mantap setelah beberapa kelemahan pentadbiran di tunjukan oleh Fairos. Ramai rakyat Pulau Pinang yang benar-benar kecewa dengan Fairos bila Fairos mengugurkan / membatalkan perlantikan Pengerusi JKKK baru-baru ini menyebabkan kerajaan kecil itu tidak dapat bergerak dengan selesa. Sekarang di Pulau Pinang kesemua Pengerusi JKKK telah di batalkan perlantikan mereka dan mereka merasa amat kecewa dengan sikap Fairos yang kini tanpa di duga terus meletakan jawatan dengan mengantungkan persoalan ini tanpa sebarang jawapan yang pasti.
Pakatan Rakyat harus bertindak pintar sebelum banyak hal lain akan terbongkar yang akhirnya akan menjerumuskan Pakatan Rakyat dalam sebuah Parti yang hanya merugikan rakyat.

Friday, March 27, 2009

MAHATHIR KECEWA DI PWTC

Petang tadi dalam perjalanan balik saya di telefon oleh seorang teman yang telah bermukim selama 3 hari di PWTC. Beliau memberitahu saya bahawa Mahathir kecewa dengan apa yang berlaku di PWTC. Saya pun bertanya ' apa yang berlaku disana?" Setahu saya suara Cikgu Man dari Langkawi telah gegakan dewan PWTC. Bukan pasai tu aji.....kata teman ini. Mahathir kecewa sebab dia kata masih ada politik rasuah di PWTC. Uh... pasai tu ka.
Mahathir baru nak rasa kecewa ka? Kami dah bertahun dah rasa...kata saya. Teman saya diam sejenak. Lepas tu dia mula kata , mai la kita jumpa sat sebelum nak maghrib ni. Jom kita pi pekena capati bang E dulu. 5 menit kemudian dia call lagi....bang E tutup kedai makan cap kampung ada la , mau ka? Saya kata boleh la. Lepas tu kami pekena rojak sengkuang petang tu dengan lai chi kang.
Sememangnya PWTC sekali lagi mencatat sejarah. Kira-kira kalau tak silap saya kali terakhir say jejekan kaki ke perhimpunan di PWTC dalam 4 tahun yang lalu , kalau tak silap lah. Saya pergi dengan duit sendiri dan bayar hotel pun dengan duit sendiri itupun terpaksa tumpang kawan-kawan di Presscot Hotel sebilik bubuh sampai 4 orang. Lepas dari tahun tu saya memang selalu lupa nak pergi. Tengoklah kalau ada peluang lagi dalam 2 tahun lagi boleh jugak pi jenguk-jenguk macam dulu lagi. Seronok jga tengok perhimpuan umno ni sebenarnya. Semua gah ada yang macam pengantin baru , ada yang macam mak andam lama dan banyak lagi lah. Terubuk sarawak saya rasa tiap-tiap kali perhimpunan dia mesti menjual punya. itu belum termasuk baju-baju batik Sutera yang Islam haramkan pada lelaki masih banyak di jual untuk dipakai.
Tak terhitung jugalah bekas-bekas Perak yang sering dibeli oleh mak datin untuk dibuat bekas minuman dan makanan sedangkan jelas dalam hadis yang mengharamkan kita makan dan minum dalam bekas perak. Saya rasa hal-hal batik Sutera dan Gelas Perak yang sah kata haram sepatutnya tidak dijual berluasa untuk kaum Islam. Tapi nak buat macam mana produk-produk yang macam tulah yang berikan profit margin yang besar dan tinggi permintaan nya.
Berbalik kepada teman saya , dia pun mula bertanya saya apakah sebenarnya yang diperjuang oleh PAS selama ini. Saya beritahu kepada teman saya mudah saja. UMNO perjuangakan MELAYU dan PAS perjuangakan ISLAM jadi dia seumpama dua buah jambatan yang tidak akan bertemu. Sebab itulah saya bagi tahu pada teman saya sekiranya dia ingin cari perbezaan dah tentu berbeza antaa Umno dan Pas kerana manifesto setiap satunya awal-awal lagi dah berbeza.
Saya juga memberitahu teman saya sebab itulah selama ini ramai orang Umno yang menuding jari pada Pas kerana kalau nak bercakap tentang perjuang Melayu memang Umnolah yang paling teror tapi kalau nak bercakap pula tentang Islam maka iaya akan duduk di dalam Pas. Sekarang saya beritahu teman dia boleh memilih yang mana lebih nampak selamat Umno atau Pas? Teman saya terdiam sejenak. Kalau nak pilih dua-dua boleh dak ? Kata dia. Saya kata mana boleh berada di dua tempat pada yang sama. Kita-kita ni makam rendah lagi tak sampai tahap tu hehehe. Dan saya berikan satu tip pada teman saya : Jangan bercakap tentang ISLAM didalam UMNO dan jangan bercakap MELAYU di dalam PAS nescaya kamu akan dapat melihat mana yang putih mana yang hitam.

KERAJAAN BAWAH POKOK DAN MENTERI POSOLLA

Tiga hari lepas ada sorang sahabat lama telefon untuk datang nak minum-minum kopi di rumah dan sambil bincang-bincang satu dua perkara. Saya pun terima cadangan tu dan sahabat tu pun selang dalam 15 menit dah samapi kat depan rumah dengan penuh semangat untuk minum petang. Dengan kopi kampung dan sedikit popia goreng kami duduk berdua sambil saya menunggu apa yang akan dibincangkan petang-petang begini.
Tak lama selepas menghirup sedegak kopi panas , sahabat saya pun memulakan cerita. Dia memberitahu kepada saya tentang tayangan filem Laksamana Do Re Mi di RTM dan Astro baru-baru ni ada di tayangkan di kedua-dua saluran tersebut. Saya memberitahu kepada dia bahwa saya tak pula sempat menonton tayangan yang baru-baru ini tapi saya tahulah tentang cerita filem tu. Sahabat saya memberitahu dalam filem tu KERAJAAN YANG SAH adalah KERAJAAN YANG BERADA DI BAWAH POKOK. Saya ketawa terbahak-bahak sambil mengiya-iyakan penyataan sahabat saya tu. Betul ! Betul ! kata saya , ya tak ya jugak lah ya. Memang kerajaan yang sah adalah kerajaan yang adalah yang berada di bawah pokok tu.
Sahabat saya bertanya lagi ' tahu dak sapa yang jadi Posolla? ' . Saya geleng kepala tanda tak tahu. Sahabat saya kata ' hahaha Zamri lah pasolla tu '. Uh macam tu kata saya. Kemudian saya pun teringat macam mana nak bunuh posolla tu. Sahabat saya kata lani belah Perak depa duk riuh duk cari buluh nak cucuk tapak kaki Posolla hahahaha.
Kami tinggalkan cerita Posolla dan kerajaan bawah pokok tu dan kemudian sahabat saya meluahkan kekecewaan beliau pada pupuk pimpinan Umno. Setahu saya sahabat saya ni memang ahli Umno dan dulunya pernah menjawat jawatan Naib Ketua Pemuda Bahagian kalau tak silap saya lah. Tapi sekarang ni saya pun tak tahu apakah dia masih berjawatan dalam Umno bahagian ataupun cawangan , itu saya tak tahu dan tak pula saya bertanya.
Sahabat saya yang dulunya memang 'keng' dalam Umno pun dah mula menunjuk tanda-tanda kecewa. Saya bertanya kenapa jadi macam tu dalam Umno peringkat akar umbi ni. Kan sayang ! Sahabat saya beritahu pemimpin dalam Umno akar umbi sekarang pun di piliah berdasarkan harta dan kereta. Sapa banyak harta , sapa besar dia punya kereta akan mudahlah dapat jawatan. Macam tu rupa-rupanya selama ni..........

Monday, March 23, 2009

HARAPKAN PAGAR ...PAGAR TAK BOLEH DI HARAP.

Di Penang sekarang ni riuh-rendah tentang kes perletakan jawatan oleh Yb Fairos yang dulunya menyandang jawatan Timb Ketua Menteri 1. Ramai orang yang tepuk tangan gembira bila khabar ni disahkan oleh pihak yang bertanggungjawap.
Di Penanti ada pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang melebarkan mulut melempar senyum kepuasan. Di kalangan penyokong Fairos yang dulunya menyokong pun kini dah memesong dan menghadiahkan sedikit senyum kepuasan. Saya sendiri pun petang tadi dihujani beberapa panggilan talefon kawan-kawan ajak minum dan bincang-bincang perkara ni. Sebab dah agak mula sihat sikit jadi saya pun keluar juga pekena popia goreng & basah kemudian ke lokasi yang agak sentimental dan privacy area-area dekat dengan balai bomba sebelahan pejabat telekom.
Sambil-sambil pekena popia goreng dan teh tarik seorang teman pun memulakan perbincangan topik 'fairos letak jawatan'. Dia memberikan hujah-hujah mengatakan memang layak Fairos letak jawatan disebabkan tak perform sebagai tunggak pemimpin Melayu yang diharapkan berwawasan untuk memajukan Melayu Pulau Pinang. Beliau memberitahu banyak kesilapan Yb Fairos bila beliau ( Yb Fairos ) tidak meletakkan 'think tank' yang mampu memback up beliau untuk beberapa perancangan dan kerja-kerja pembangunan masyarakat.
Saya bersetuju dengan hujah teman tu bila memikirkan Yb Fairos selalu menukar dan memberhentikan ' PA ' beliau tanpa alasan yang munasabah. bagi saya Yb Fairos memang ada kelemahan dalam bidang pengurusan politik dan kerja beliau selama ini. Sikap Yb Fairos yang tidak mudah muhasabah diri juga memakan beliau balik bila ada ramai yang memberi nasihat yang berguna pada Yb Fairos sebelum ini namun Yb Fairos tetap macam beliau , iya iya tapi tak ambil kidah dan merasakan tindakan beliau selama ini benar mengikut kiraan beliau.
Sayang sekali kepada Yb Fairos , dengan jawatan yang begitu tinggi sebagai seorang Melayu di dalam kerajaan Pulau Pinang kini tinggal kenangan saja dalam buku politik kerajaan pakatan suatu hari nanti. Saya memberi tahu kepada teman saya bahawa , saya ada membuat beberapa email peribadi saya kepada Yb Fairos selama ini namun tidak pernah mendapat balasan email dan saya mengatakan mungkin email-email itu tidak pernah di buka atau mungkin saya salah alamat mengirimnya. Teman-teman yang ada ketika itu ketawa terbahak-bahak.
Bagi saya Yb Fairos harus muhasabah diri dan perjalanan beliau yang tanpa onak dan duri di dalam politik sebab terlalu mudah mendapat jawatan TKM 1 mungkin penyebab utama kenapa beliau mudah menjadi rapuh dalam situasi begini. Saya tahu sebelum ini , ramai yang sanggup membantu di belakang beliau namun hampir semua beliau cantas kerana alasan yang kami sendiri pun tak mengerti. Namun apa pun yang berlaku ini sebenarnya memberi kesan yang negatif kepada Pakatan Rakyat terutamanya kepada parti Keadilan. Memang benar juga kata-kata seorang teman petang tadi bahawa ' Keadilan ' belum siap untuk membentuk sebuah kerajaan. Ini kerana ramai calon-calon 'Keadilan' menjadi YB dikira sebagai 'tangkap muat' sahaja. Keadilan belum cukup kuat untuk bergerak sebagai tulang belakang sebuah kerajaan. Latihan dan langkah-langkah persediaan sebagai seorang YB tidak pernah diberikan oleh 'Keadilan' kepada calon-calon YB akhirnya mereka tidak mempunyai persediaan yang mencukupi bagi melayakkan mereka berkhidmat sebagai YB.
Masalah ini juga wujud di kalangan parti Pas kerana PAS juga tidak banyak memberikan taklimat kepimpinan kepada lapisan akar umbi mereka akhirnya PAS juga digolongkan kepada sebuah parti yang belum cukup-cukup bersedia untuk menjadi tulang-belakang sebuah kerajaan. Dengan tidak mengambil kira pemerintahan PAS di Kelantan , PAS di negeri-negeri lain sememangnya masih belum bersedia untuk berkhidmat sebagai YB ataupun ahli Parlimen.
Tidak ada satu pun agenda pelapis dan latihan sebagai YB / ahli Parlimen di dalam parti Keadilan / Pas bagi menyediakan pemimpin sebagai tunggak masa depan.
Kesimpulan petang tadi ialah : PAS dan KEADILAN belum cukup persediaan dan belum benar-benar bersedia sebagai pemerintah / kerajaan dalam ertikata kerajaan pakatan rakyat atau apa jua pakatan.
Manifesto Najib untuk menawan kembali negeri Pakatan Rakyat dilihat sebagai satu-hal manifesto yang munasabah bila terlalu banyak kelemahan yang tidak mampu di perbaiki oleh Pakatan Rakyat dalam waktu tempoh yang telah di beri tanggungjawap oleh rakyat selama ini.
p/s : Pengundi di Bukit Selambau mahukan Pemimpin dikalangan orang ' Melayu ' . Calon selain calon Melayu berkemungkinan akan mengakibatkan fatal.

Friday, February 6, 2009

JKKK Sebagai Sebuah Kerajaan Kecil ( 2 )

Pengerusi JKKK yang mempengerusikan JKKK adalah dianggap sebagai Adun dalam kawasan tersebut. Sedangkan ahli jawatankuasa yang lain adalah dianggap sebagai exco dalam kerajaan kecil tersebut. Kegagalan fungsi JKKK dalam satu-satu bahagian ataupun kawasan adalah merupakan titik awal berlakunya kegagalan sesebuah kerajaan. Inilah hakikat politik yang bermukim di Malaysia. Fungsi JKKK adalah titik pertama sebuah pentadbiran kecil tetapi mempunyai fungsi yang besar dan luar biasa.

Bagi mereka yang tidak dapat melihat perkara ini akhirnya mereka memulaukan JKKK ataupun mereka tidak akan membentuk sebuah JKKK yang mantap yang mempunyai peranan dan sumbangan yang besar kepada masyarakat. Ramai ahli JKKK tidak menyedari hal ini dan akhirnya mereka merosakan sebuah peluang dan fungsi yang cukup besar yang telah diberikan kepada mereka.

Ada diantara ahli JKKK yang seumpama pesakit di sebuah hospital iaitu menunggu sesuatu disuapkan ke mulut atau hanya terbaring di katil rawatan sambil berdoa menunggu hukuman sebuah rawatan. Ada juga di kawasan-kawasan yang telah dimenangi namun tiada sesiapa pun yang mahu tampil untuk memikul tanggungjawap sebagai JKKK. Bererti di kawasan itu mereka cuba hancurkan sebuah kerajaan kecil yang seharusnya mereka bentuk bagi mengawal kemajuan dan keselamatan kampung yang telah dimenangi.

Kenapa hal seperti ini berlaku dan tiada siapa sedar? Kerana mereka malu tidak bertempat dan malas tidak bermasa. Malu untuk tampilkan diri bagi menjadi sebahagian dari sebuah kerajaan dan malas untuk berbakti pada masa yang sangat-sangat diperlukan. Inilah sebuah jawapan kepada jatuhnya sesebuah kerajaan.

Dengan melihat perkara ini adalah sebagai sebuah perkara serius maka pembentukan semangat baru bagi melahirkan JKKK yang menepati sasaran haruslah dilakukan. Kepada yang telah dilantik menjadi JKKK janganlah berpeluk tubuh dan kepada yang selama ini menyembunyikan diri , ayuh keluar. JKKK adalah sebuah kerajaan kecil , JKKK harus menunjukan sebuah perpaduan dan kesefahaman yang tinggi diantara ahli-ahlinya , JKKK harus tahu peranan dan fungsi mereka kepada masyarakat.

Hari esok sekiranya kita mengeluh kerana kehilangan sebuah kerajaan janganlah kita menyesal kerana pada hari ini kita tidak pernah melakukan seperti mana yang harus kita lakukan. Akhirnya , kita juga sama seperti mereka………….mengatok dulang paku serepih , mengata orang rupanya kita yang lebih.

JKKK Sebagai Sebuah Kerajaan Kecil.

JKKK atau dikenali juga dengan nama Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung adalah peranan utama untuk membentuk kerajaan kecil yang memerintah negeri. Ini selaras dengan kemenangan sesebuah parti sekiranya perti tersebut dapat menawan mana-mana negeri maka JKKK yang akan dibentuk adalah satu perkara yang harus di pandang serius.
Namun setelah hampir 11 bulan pelayaran Pakatan Rakyat menerajui pemimpinan negeri istilah JKKK masih digunakan tanpa mengantikan kepada istilah lain yang menyebabkan berlaku kekeliruan dan sering sindir-menyindir samada JKKK (P) atau JKKK(N). Seharusnya perkara sebegini tidak muncul sekiranya raf pentadbiran negeri dilakukan seawal mungkin sebelum PR memenangi mana-mana negeri. Bagi saya , JKKK yang di bawah pentadbiran PR boleh digantikan dengan nama JKKS ( Jawatankuasa Kemajuan & Kawalan Setempat ) atau akan disebut JKS Jawatankuasa Kemajuan Setempat. Dengan pengantian istilah sebegini akan mengelak kekeliruan antara JKKK yangsedia ada dan JKKS yang baru dibentuk oleh PR.
Menyentuh tentang isu negeri Perak saya melahirkan rasa kagum saya kepada pihak BN yang telah mengubah nasib mereka dengan memandang satu pesanan yang sering kita dengar :
" Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehinggalah kaum itu yang mengubahkannya sendiri "
Harapan saya pihak PR tidak akan mengigit jari kerana kelemahan 'pertahanan' haruslah diakui dan dengan pengambilan Perak oleh BN seharusnya dijadikan garis panduan kepada negeri-negeri lain.
HARI INI MEMANGLAH MILIK KITA TETAPI HARI ESOK KITA BELUM TAHU MILIK SIAPA.......
Kelemahan kerajaan negeri akan mudah dinilai bila kita melihat JKKK (N) tidak bekerja seperti mana yang diharapkan. Dengan prinsip 'main tangkap muat' pihak PR telah bersetujui membentuk sebuah kerajaan kecil yang bermula dari kampung dengan mereka yang kurang mahir memahami sebuah pentadbiran. Maka disinilah titik tolak jatuhnya PR dalam arena politik Malaysia. Semoga PR terus berjaya dan BN pula semakin marak ........

Sunday, January 18, 2009

Tidak Salah & Tidak Mengaku Kalah

Selepas melihat keputusan pilihanraya kecil di Kuala Terengganu dengan kemenangan pada Parti Pas bererti BN atau lebih mudah saya simpulkan UMNO masih tidak belajar dari kecundangan mereka pada PRU ke-12. Dengan sikap tidak mengaku salah dan kalah umno telah memburukan keadaan mereka. Alasan tentang FAKTOR CALON telah memberi penampakan bahawa yang bersalah dan kalah adalah 'calon' bukannya BN atau Umno jadi Umno masih boleh menhirup kopi petang dengan setongkol kuih sambil ketawa dan mungkin berkata : kat KT hari tu , calon tak memberangsangkan , so kalah lah....but the next time kita akan make surekan calon kita yang boleh ambil balik '.
Tu sebab kalah kalau menang lain pula umno akan cakap ' kita sentiasa bekerja keras dan dengan kemenangan ini bererti rakyat masih menyokong umno'. Tak timbul pun kata disebabkan calon umno ni ok maka pengundi terus memberi kepercayaan pada calon dan parti. Kadang-kadang naik rimas lah jugak bila ayat-ayat yang tak sepatutnya keluar , dikeluarkan bagi merosakan suasana dan kenyataan.
Apa-apa pun saya secara peribadi mengucapkan taniah pada umno kerana perjuangan mereka akhir-akhir ini dapat menyedarkan ramai kaum melayu untuk membezakan antara orang Melayu dan orang Islam. Saya katakan seperti ini disebabkan saya juga banyak belajar dari umno kerana umno telah memberi satu suntikan kepada orang Melayu untuk lebih mengenal Melayu itu sendiri.
Saya jarang melihat pemimpin Umno yg mahu mengaku salah dan mengaku kalah. Di Pulau Pinang tidak semua orang umno memberi kerjasama yang baik setelah kalah ,ada yg masih mahu berada dikerusi empuk sambil menakbir sesuatu jawatan sedangkan sepatutnya di serahkan pada pakatan rakyat. Sikap segelintir pemimpin umno ini jugalah yang merosakan umno walaupun ada usul untuk membranding kan kembali umno itu sendiri.
Sesetengah masjid di Pulau Pinang masih di tadbir oleh ahli umno dengan perkataan ' orang masih maukan kami'. Itulah perkataan kalau orang tak mengaku kalah dan salah. Bagaimana umno nak brandingkan kembali kalau insan-insan seperti masih wujud dalam salasilah umno. Mereka inilah yang merupakan akar umbi yang merosakan pohon umno itu sendiri. Rakyat Pulau Pinang dan Kedah memerhatikan hal ini dan hal ini menjadi satu input yang besar kepada pakatan rakyat untuk terus kekal di PRU yang akan datang.

Friday, January 16, 2009

Kenapa Murtad?

Sebetulnya artikel ini ingin saya tulis dalam beberapa hari yang lepas namun disebabkan ada kesibukan yang menyelubungi saya maka saya tangguhkan hingga ke hari ini. Pagi-pagi sebelum sarapan , saya menjenguk dulu blog Ibnu Hashim dan kebetulan pula beliau menulis tentang hal murtad jadi saya sambungkan untuk berbincang tentang hal ini di blog saya sebagai input tambahan.

Semasa saya dan Ijol bertemu Mas Sariban , Ijol juga telah memberitahu salah seorang teman dia yang bernama Yudy telah menukarkan agama dari Islam menjadi agama Buddha. Saya bertanya pada Ijol apa masalahnya hinggakan Yudy ini mengantikan agamanya. Dengan tenang Ijol memberitahu kepada saya bahawa : Gara-gara mau kawinin ceweknya Mas...dia terus masuk Buddha.

Saya juga bertanya apakah ceweknya itu kaya? Jawap Ijol " ngak kaya-kaya kalilah Mas tapi rumah yang dibeliin Yudy baru2 ini aja sekitar 1.3 M Rupiah".

"Orang tua Yudy ngak marah atau apa tanggapan orang tuanya Jol?" tanya saya.

"Uh kalo orang tuanya ngak masalah mas...malah nyokong kok" ngomel Ijol.

" wah gawat nich " cetus saya.

Kemudian saya termenung dan mengeleng-gelang kepala. Saya sampaikan niat saya pada Ijol untuk buat solat hajat secara berjemaah bermohon pada Allah agar Allah kembalikan keimanan Yudy pada Islam.
Persoalannya disini : Yudy dipengaruhi untuk murtad atas 2 perkara iaitu 'cinta' dan ' harta'. Maksud saya kerana ceweknya dan latar belakang ingin kaya dan sebagai jalan mudah untuk keluar dari kemiskinan. Inilah 2 senjata yang sering di jerat untuk murtad. Hal-hal lain masih ada tetapi rata-rata di Malaysia dan Indonesia hanya perkara ini yang menjerat mereka.
Murtad sebenarnya berpunca dari 1 masalah yang utama seperti yang telah saya katakan bahawa : MEREKA MERASAKAN BAHAWA INSTITUSI KETUHANAN TIDAK BEKERJA.
Dari perkara ini akan terbahagi kepada 2 bahagian iaitu :
i. Golongan yang secara diam memikirkan bahawa tiada apa-apa yang buruk akan berlaku kalaupun mereka keluar dari Islam dan memilih agama lain kerana mereka tahu agama sebenarnya adalah sebagai sebuah adat dan menjadi tuntutan untuk beragama sedangkan instutusi Ketuhanan sama saja tidak akan bekerja bagi mereka. Bagi mereka agama adalah untuk memilih bila untuk berhari raya, itu saja dan tak agama apapun bagi mereka sama saja. Cuma yang beza budaya dan masyarakat agama itu yang akan membentuk satu pola masyarakat yang berlatar belakangkan sesebuah agama.
ii. Golongan dipressi yang secara zahir akan menzahirkan kebiadaban mereka terhadap Instutusi Ketuhanan seperti black metal atau JIT kerana merasa terperangkap dengan displin beragama. Bagi golongan-golongan seperti ini sebenarnya mereka adalah golongan yang mempunyai masalah awal yang berpunca di tempat tinggal mereka atau dalam ertikata lainnya mereka mempunnyai masalah dengan orang tua ataupun kehidupan di rumah mereka. Senkangan displin yang merimaskan mereka dengan 'itu tak boleh ' , 'ini tak boleh' dan sebagainya lagi yang menghambat perkembangan minda mereka menjadikan mereka 'tiada agama adalah lebih baik dari ada agama'.
Seperti yang saya katakan , murtad bukanlah hal kecil ataupun bukanlah masalah yang boleh dipandang remeh di dalam Islam. Namun sekiranya ianya dilihat di sudut sebagai rakyat sesebuah negara memanglah hal ini bukan hal yang besar kerana seseorang rakyat berhal memilih agamanya sendiri selepas berumur 18 tahun. Namun sebenarnya pemilihan untuk murtad ini kekadang tidak timbul sebagai pemilihan seorang rakyat namun yang menjadi besarnya masalah ini kerana ini melibatkan HUKUM ISLAM yang telah ditetapkan kepada orang Islam agar tidak murtad.
Bilakah sepatutnya seorang Islam itu diberikan kefahaman terhadap Murtad itu adalah haram dan bagaimana menghalang perkara ini berlaku adalah bermula dari umur seawal 10 tahun lagi. Disini bermaksud ada beberapa perkara yang perlu dirumus dan membahaskan hal murtad ini pada umur seawal 10 tahun samada dalam kontek sekolah ataupun kelas-kelas tambahan. Mereka yang dilibatkan disini akan disuapkan tentang hal akidah dan kefahaman terhadap Islam secara khusus. Hal ini boleh dibincangkan lagi di lain waktu kerana harus disertakan beberapa hujah yang lain sehingga menjadi satu bab syarah yang hanya membincangkan hal-hal murtad.
Berbalik kita kepada 'Kenapa Murtad?'. Baiknya kita bentuk sebuah forum yang boleh membahaskan hal ini dengan mereka yang benar-benar punya wewenang...........

Thursday, January 15, 2009

Bertemu Ustaz Mas Sariban

Seminggu yang lalu saya pergi ke Medan , Sumatera. Setelah 2 tahun tidak menjejakan kaki ke Medan nampaknya Kota Medan tak membawa banyak perubahan. Seperti tahun-tahun yang sebelumnya , Kota Medan tetap sibuk dengan sejuta manusia dari pelbagai pelosok membanjiri kota itu.

Di depan Bandara Polonia telah wujud sebuah stesen minyak yang baru atas jenama PETRONAS. Itupun saya perasan ketika waktu melalui untuk pulang ke Malaysia. Lain-lain hal ialah tentang teman-teman lama, Zul atau Ijol telah memberitahu saya bahawa beliau ada menbiayai sekolah anak-anak yatim yang mempunyai hampir 84 orang santri di situ. Ustaz atau pengelola program ini bernama Mas Sariban.

Pada permulaan cerita ijol , saya memang tertarik kerana teknik mereka mengasuh anak-anak yatim ini sedikit berbeza dengan kita di Malaysia. Oleh kerana modal yang rendah , mereka tak sediakan asrama ataupun sekolah kepunyaan sendiri. Sebaliknya anak-anak yatim ini ditempatkan di rumah jiran2 ataupun tetangga.
Perkara kedua yang membuatkan saya tertarik ialah kerana Ustaz Mas Sariban ini tergolong dalam mereka yang 'cacat penglihatan'. Beliau yang kekadang berjalan teraba-raba pun sanggup mendidik 84 orang anak-anak yatim dan fakir tanpa bantuan dari pemerintah.

Sunday, January 4, 2009

Parasit.

Petang semalam saya di sms seorang kawan. Memberitahu kepada saya bahawa dia balik ke Alor Setar sekejap untuk menjenguk anaknya. Demikian sms itu seolah-olah memberi isyarat kepada saya untuk bertemu beliau di Alor Setar dan berbincang sedikit tentang beberapa hal berkenaan dengan beberapa research dan assingment saya dan beliau.
Sebetulnya assignment antara kami belum bermula , kalau nak bermula pun mungkin paling cepat pertengahan tahun ini. Lagi pula assignment kali ini beliau akan mengetuai deligasi untuk menjejak ulama mutakhir dari Sambas Kalimantan. Saya cuma mahu menumpang assignment beliau sebagai input dan himpunan beberapa syarah yang boleh saya kumpul hasil penulisan ulama tersebut. Itulah niat saya....
Berbalik kepada perjumpaan petang semalam banyak hal yang dapat kami bincangkan. Bermula dari ha-hal kecil yang menjurus kepada persoalan agama dan perkembangan umat Islam di Malaysia hinggalah kepada masalah untung-nasib menjadi Melayu masa kini. Dalam tempoh waktu 2.5 jam tidaklah bayak yang boleh dibincangkan namun akhir kesimpulan dari perbincangan itu , saya menyatakan bahawa kaum Melayu di Malaysia hari ini telah dianggap sebagai 'parasit' dalam negaranya sendiri.
Mana tidak hal ini akan timbul sekiranya semua bantuan-bantuan dari kerajaan dipositifkan oleh kaum yang bernama Melayu. Namun kerana terlalu kecewanya saya kepada sebilangan orang Melayu akhirnya saya simpulkan bahawa kaum Melayu kini telah menjadi parasit kepada negara Malaysia.
Untuk 5 atau 10 tahun mendatang hak dan ketuanan Melayu tidak akan lagi bakalan kekal sebagai bonus untuk kaum Melayu sebaliknya kaum Melayu akan dilayan sama sahaja sebagai rakyat Malaysia lainnya. Ini bermakna segala bonus yang diperolehi sebagai orang Melayu pada waktu kini sebenarnya tidak digunakan sebaik mungkin. Terdapat ramai orang Melayu yang menghancurkan hak ketuanan sehinggakan mereka ini menjadi parasit kerana terlalu gilakan subsudi hingga Malaysia akan jatuh merundum kerana kelemahan Modal Insan yang bernama Melayu ini hanya tinggal insan sahaja...........modal dah tak ada nantinya.
Seorang kawan saya memberitahu saya bahawa mujurlah orang Melayu ini berpegang dengan Islam kalau Melayu ini di pengaruhi agama lain tak tahu macam lagilah nasib dan sifat orang Melayu sekarang ini.
Sikap self fish dah lama tertanam di dada orang Melayu sekarang ini. Bukan senang nak cari orang Melayu yang mahu berkhidmat secara sukarela bagi membantu bangsanya apatah lagi kalau dalam beragama memang susah nak cari orang Melayu yang mahu berkhidmat dengan sukarela membangunkan Islam. Tak banyak dan tak ramai....