Thursday, January 27, 2011

3 P - Politik , Pilihanraya & Pengundi

Di warong-warong kopi sekitar Labis , Segamat dan Tenang Station riuh dengan hiruk-pikuk suara-suara sumbang yang mentafsirkan tentang 3P. Jaguh pidoato pun kalau tak kena gaya boleh longlai dibuanya. Mana tidaknya , mereka tafsirkan Politik , Pilihanraya dan Pengundi itu mengikut acuan otak mereka sendiri. Bagi Ah Chai dan kawan-kawannya, Politik tak lebih dari sebuah permainan judi yang curang. Itulah erti politik bagi Ah Chai dan kawan-kawannya yang membesar di bawah rimbunan pohoh-pohon sawit dan getah.

Bagi Wak Amat pulak erti politik adalah berbeza dari kamus Ah Chai malah tidak akan sama sekali sama. Yang Wak Amat tahu , politik ni sebenarnya mempengaruhi orang lain untuk memberi undi kepada calon yang akhirnya calon itu akan memperolehi kemenangan. Selain dari kerajaan ( dengan merujuk kepada Umno ) bagi Wak Amat mereka adalah penderhaka kerana sanggup untuk mengadakan pilihanraya demi mahu merebutkan kuasa kerajaan.

Bagi Wak Amat , Umno adalah sebuah kerajaan tanpa otaknya merujuk bahawa BN adalah sebenarnya sebuah kerajaan. Sedangkan Umno hanya sebuah parti yang menerajui Barisan Nasional. Ini adalah pemikiran 20 tahun yang lalu. Sekarang tidak lagi macam tu Wak Amat !

Di Parlimen memang ya BN yang menerajui kerajaan kita namun sekarang ni Wak Amat harus jadi matang jangan adem kali sama suasana politik sekarang ini. Sebagai orang Melayu yang bersongkok 4 inci bagi Wak Amat Umno adalah jantungnya. Umno adalah nadi banguannya dia pagi-pagi untuk berkebun. Dah hampir 10 tahun Wak Amat berdoa agar Umno yang pernah disayanginya berubah dan berbalik kepada ketuanan Melayu adalah Islam namun hari-hari yang dinantikan Wak Amat adalah sama seperti penantian Anjang Aki menanti Pegawai Daerah melawat pulau tempat tinggalnya......

Untuk Wak Amat : Siji Loro Telu Papat , Wak pangkah ajalah mana yang Wak rasa boleh selamat dunia akhirat........ojolali wak ei !

Tuesday, August 24, 2010

Isu Kutbah Doakan LGE

Di Pulau Pinang riuh-rendah orang pakat sembang perkara ni. Kalaupun perkara ini salah baiknya kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk memutuskannya. Pulau Pinang ada MAIPP ada JAIPP dan yang paling aktif menjawab perkara ini adalah UMNO Pulau Pinang.

Saya yang baru balik dari 'seberang' pada 2 hari lepas pun memang terasa isu ni bila ada penumpang disebelah saya yang bertanyakan tentang isu ni. Saya jawab :

Biarlah perkara ini diuruskan oleh MAIPP dan JAIPP. Ada ramai tokoh agama yang tahu untuk menjawap perkara ini. Bab salah memang ada tapi sembahyang dan kutbah tetap SAH.

Sunday, April 4, 2010

MENONGKAH ARUS

Berbincang adalah satu tuntutan untuk menyelesaikan masalah. Kemerdekaan tanah air pun di perolehi dengan 'berbincang' bersama orang putih. Dalam Islam teknik ini dipanggil 'muzakarah' dan bermesyuarat pula adalah 'musyawarah' yang banyak menghasilkan agenda untuk dilaksanakan.

Permasalahan yang berlaku dalam mana-mana jemaah ialah tidak mengoptimakan penggunaan sesuatu lajnah yang telah diwujudkan. Ini timbul kerana sebarang cadangan dan teguran seumpama 'menongkah arus'.

Terlalu banyak cadangan sehinggakan tiada waktu untuk melaksanakanya......sedangkan kejayaan itu berada dalam 'pratikal' bukanya berada dalam teori.




Tuesday, March 30, 2010

Cerita Ceretet Taik Mata Penuh Poket.

Dah lama tak memblog , tetiba rasa ketagih nak menaip dengan kebetulan akhir-akhir ini saya banyak berkunjung ke Mesyuarat Agong.

Setiap kali ke mesyuarat agong yang saya fokuskan ialah Ucapan Perasmian. Saya paling berminat dan cukup meminati ucapan perasmian mesyuarat agong dan tak kiralah mesyuarat agong mana sekalipun.

Kekadang ada perasmi yang berucapan seumpama bersyarah tanpa benar-benar menggunakan ruang ucapan perasmian sebagai memberi pedoman betapa pentingnya mesyuarat agong ini. Dalam perjalanan mesyuarat agong akan di binakan takwim-takwim tahunan aktiviti dan dalam mesyuarat agong juga ahli-ahli dan perwakilan diberi kesempatan untuk memilih pemimpin yang mereka mahu mengikut pemimpin itu.

Ada mesyuarat agong yang perasminya datang seolah-olah membuat ucapan tazkirah........itu kira ok juga tapi ada kadang-kadang yang datang seumpama membuat UCAPAN TAKZIAH....yang ni memang berat. Bak kata pepatah - berat mata memandang , berat lagi cuping telinga mendengarnya........

Kita ada ruang Thamrin untuk melatih maka gunakan ruang yg kecil itu untuk memberi latihan pada bakal-bakal pemimpin. Sekiranya kita kekurangan bakal pemimpin maka itulah satu-satunya jalan bagi membekal bakal pemimpin dengan kefahaman yang jitu.

Selamat berlatih tapi jangan sampai letih.


Saturday, February 20, 2010

Adab Berjemaah.

Didalam apa jua persatuan pasti ada peraturan. Begitu juga didalam jemaah tetap juga ada peraturan berjemaah. Peraturan boleh juga di lembutkan dengan menukarkan kalimah peraturan menjadi istilah ADAB dan adab ini sebenarnya adalah peraturan namun tidak akan di kenakan denda / dianggap kesalahan jika seseorang melanggar adab.

Adab sebenarnya merupakan intipati dari awal sebuah peraturan.

Thursday, December 31, 2009

Melayu Perlukan Pemimpin Yang " Kemetot " dan " Berkaki Lebar ".

Ya. Memang Melayu perlukan pemimpin yang 'kemetot' dan "berkaki lebar'. Maksud kemetot disini ialah pemimpin yang 'komited' dan berkaki lebar pula membawa maksud yang berkaliber.

Telah hampir separuh abad kaum Melayu khususnya di Malaysia mengharungi badai kemerdekaan namun sehingga kini Melayu masih jauh terbelakang berbanding dengan kemajuan kaum-kaum lain.

Apa yang dikejar oleh Melayu? Duniawi ? Atau mereka mengejar akhirat?

Jawapannya ialah dua-dua tidak dikejar. Melayu hanya menunggu kiamat. Itulah jawapan sebenar...

SOKONG DALAM TAKUT-TAKUT.

Jika dikumpulkan semua ahli Pas dalam negara ini , nescaya Pas tidak akan dapat mencipta kejayaan. Dalam semua ahli Pas tetap juga terdapat ahli yang tidak aktif atau dinamakan ahli yang pasif maka bertambah payahlah Pas untuk menghasilkan kejayaan. Namun kenapa pada PRU - 12 yang lalu Pas mengegarkan dunia politik tanah air bila muncul sebagai parti yang mendapat mandat untuk memerintah 3 buah negeri yang diletakan di bawah pakatan rakyat? 1 buah negeri iaitu Perak telah di tarik balik oleh FINANCE.
Ramai yang menyokong Pas tetapi tidak ramai yang mahu menjadi ahli. Apakah yang membuatkan mereka ini takut atau apakah mereka ini takut kepada PAS atau hanya mahu melihat keupayaan PAS terlebih dulu sebelum mahu memberi komitmen sepenuhnya.
Sebenarnya ramai yang tidak mahu menjadi ahli PAS bukanlah mereka takut dengan PAS tetapi mereka ini takut dengan Umno. Itulah hakikat yang menyokong Pas tetapi tidak mahu menyertai Pas.
Itulah Umno yang kadang-kadang lebih mengalahkan tentera Jepun .........dulu Umno takut dengan tentera Jepun tapi sekarang ni orang Jepun pula takut kat Umno. Inilah satu-satunya kejayaan Melayu di mata Jepun........