Monday, May 18, 2009

DOKTRIN MULTI-LEVEL

Tiada apa yang lebih baik kecuali hanya produk dari syarikat mereka saja yang benar. Tidak ada pakar yang lebih pakar dari mereka kecuali hanya pakar yang diakui syarikat merekalah yang pakar. Kekadang naik seram bulu tengkuk bila mendengar mereka menyatakan kepada kita 'jangan taksub kepada guru kerana guru itu tiada apa-apa ( mereka tujukan pada pengikut tarikat ). Memang ada kebenarannya. Namun dalam kita menjual produk syarikat tertentu jangan pulalah kita menghina produk orang lain kerana kesembuhan itu terletak pada Allah bukan pada syarikat multi-level tertentu.
Timbul pula beberapa ayat mengharapkan orang luar agar tidak lari akidah tentang perubatan dan tidak taksub pada guru tarikat namun keempat-empat imam besar yang membawa mazhab semuanya bertarikat. Mungkin golongan mereka yang menyatakan jangan terlalu patuh pada guru tidak berpegang dengan mana-mana mazhab. Sedangkan mereka lupa , ulama yang mengariskan mazhab juga adalah seorang yang berstatuskan guru. Namun ini tidak diterangkan sehinggakan mereka lupa tidak bermazhab juga adalah merupakan satu mazhab.
Mereka berbicara seolah-olah ilmu mereka lebih tinggi dari 4 ulama besar yang mengariskan mazhab bagi mengimbangi iabdat mengikut keadaan geografi.
Rata-rata muliti-level hari ini sebenarnya sedang menyebarkan doktrin mereka dan ramai ahli-ahli mereka tidak sedar bukan sahaja plan pemasaran sahaja yang diajarkan pada mereka malah sebuah doktrin juga turut disuntik bagi menjayakan hasrat mereka.
Inilah yang dikatakan...jika kita memilih munafik sebagai pemimpin maka pimpinan itu akan di pimpin dengan penuh kemunafikan. Jika kita memilih seseorang yang jahil maka kejahilan itulah yang akan di serap kepada kita.
Mencari yang halal itu adalah fardhu namun ianya bukan sahaja pada makanan namun juga terletak pada tanah tempat kita mendirikan rumah. Ramai ahli syarikat itu bercakap tentang produk halal namun hampir 40 tahun tinggal di tanah haram yang tidak diredho oleh tuannya dan tidak sesen pun mereka membayar sewa tanah kepada tuannya.
Kena bab tanah , mereka lupa mencari yang fardhu !
Kerana duit kekadang otak besar pun boleh jadi sempit ..........

Monday, May 11, 2009

NIZAR MASIH SAH MB PERAK.

Saya terima SMS dari KL yang mengatakan ' Mahkamah akui Nizar Masih MB'.

Terkejut juga dengan penyataan sms tu tapi saya mula nampak Camry yang dah lelong , beberapa projek yang telah di tandatangi oleh Zambry dan beberapa kawan baru Zambry yang muncul tatkala Zambry memegang jawatan MB Perak. Bagaimanakah Zambry akan menghadapi perkara ini dengan punduduk Pangkor yang telah dijanjikan beberapa janji momok-momokan dari pihak Zambry. Dan apakah akan ada tuntutan dari Nizar kepada Zambry berkenaan beberapa hal yang telah di buat oleh Zambry yang sepatutnya hanya dibuat oleh MB yang sah.
Apakah tuntutan pencabulan kuasa MB akan dilaungkan kepada Zambry ?

Sunday, May 10, 2009

2 Golongan Dalam Politik.

Sembang punya sembang tanpa sedar baru saya menangkap kebetulan ada 2 golongan dalam politik sebenarnya. 1 golongan yang menipu dan kedua golongan yang mahu di tipu. Situasi terjadi dalam kes politik di Malaysia sekarang ini.
Majlis tertinggi akan cuba menipu dan majlis terendah memang otak telah disiapkan untuk menerima apa-apa yang mahu di tipu. Jadi bukan mudah sekarang ini nak berkempen untuk tambahkan ahli kalau terjumpa dengan golongan yang telinga mereka memang dah bertahun redha di tipu dan sorry lah kalau mereka mahu mendengar hal baru yang penuh kejujuran. Dalam politik bukan mudah nak cari orang mahu benar-benar jujur tapi bukan mustahil untuk cari orang yang jujur dalam berpolitik.
Dunia sekarang ini , siapa penipu dan pengkhianat merekalah hero. Siapa yang tak jujur dan punya kepentingan peribadi , merekalah pemenang dalam dunia politik hari ini. Jadi tepuk dada tanya selera ! Di Jepun negara mereka tetap maju walaupun bukan ehem-ehem yang memerintah dan di Thailand jalaraya mereka lebuh bagus dari jalanraya kita yang bertol tak tentu arah tapi di Thailand dari Danok sampai Chaing Mai pun tak kena tol. Jalan pula ada yang 3 lane ada yang 2 lane. Tak payah pun Thailand duk kutip duit rakyat sangat-sangat.
Malaysia secara amnya nampaknya kaya dengan hasil minyak berbanding Thailand tapi bila hal-hal untuk kebajikan rakyat Malaysia kalah banyak dengan Thailand. Penduduk Thailand 3 kali lebih banyak berbanding Malaysia. Next election nanti mungkin Thailand boleh hantar wakil mereka untuk bertanding rebut Menteri Kewangan Malaysia sebab cara Thailand takbir kewangan mereka nampak lebih baik berbanding Malaysia.

Saturday, May 9, 2009

PAS - PARTI POLITIK ATAU GERAKAN JEMAAH ?

Seminggu saya di Thailand menjadikan pandangan saya semakin luas tentang fahaman politik di Thailand dan sedikit tentang politik di tanah air. Sepulang saya dari Thailand juga dikejutkan dengan puluhan sms tentang perkhabaran negeri Perak dan pertanyaan khabar tentang negeri Perak. Oleh kerana saya tidak berada di Perak maka saya simpulkan saya tidak boleh berpandukan sms masuk dan khabar angin jadi tentang negeri Perak tak perlulah dibincang sangat kerana itu adalah masalah negara. Bagi saya , saya lebih berminat berbincang masalah kecil seputar masyarakat tempatan bagi memberi suntikan minda agar sesuatu yang dekat itu perlu di rubah terlebih dahulu dari merubah sesuatu yang jauh dari kita.
Saya tiba dari Thailand jam 9:00 malam di rumah dan pada jam 11:00 malam , seorang sahabat lama yang sama-sama bersekolah di secandary school tiba-tiba menelefon saya untuk ajak minum malam. Biasanya saya menolak minum malam kerana banyak urusan yang ingin saya buat tetapi memandang sahabat ini dari KL dan terus singgah di rumah maka menerima pelawaan minum bersama beliau adalah merupakan satu penghormatan buat beliau.
Kami membuat keputusan untuk pergi minum dengan kereta beliau dan di temani seorang teman lagi iaitu Bekas Ketua Pemuda Pas Kawasan yang terlebih dulu berada lebih awal secara kebetulan di rumah saya. Sahabat saya yang dari KL ini juga adalah merupakan bekas ahli Umno yang berjawatan suatu ketika dulu. Saya pasti , agenda sewaktu minum pasti berkisar tentang Perak atau mungkin juga demam politik Malaysia yang masih panas. Kebetulan juga sahabat saya ini tahu bahawa pemergian saya ke Thailand adalah untuk mengambil sendiri cerita tentang si baju Merah iaitu penyokong Thaksin tentang latar belakang politik Thailand. 2 hari di Pattaya memberikan gambaran sebenar kepada saya bahawa politik Thailand memang stabil dan tingkat keselamatan di Pattaya telah diletakan kepada siaga 3 iaitu kategori keamanan terkawal.
Seperi yang di duga sewaktu minum malam itu , sahabat dari KL terus menanyakan soalan kepada teman saya yang satu lagi ' Pas ni sebenarnya Parti Politik atau Gerakan Jemaah? '.
"Gerakan jemaah " jawap teman yang satu lagi iaitu bekas Ketua Pemuda Pas suatu ketika dulu.
Sahabat dari KL terus berhujah....patut pun. Katanya patut pun Pas tak pernah buat apa-apa agenda atau latihan pengurusan kerajaan Islam pada ahli-ahli Pas sehinggakan rata-rata ahli Pas tak begitu arif tentang kerajaan Islam. Saya mendergar dengan penuh kusyuk bila hal ini di hujah dengan begitu baik.
Persoalannya di sini ialah sahabat saya yang dari KL ini merasakan bahawa ramai Ahli Pas yang tidak sedar bahawa Pas adalah sebuah gerakan jemaah Islamiah yang cuba berjinak dengan politik namun Pas tidak berupaya menyediakan sebuah protokol politik Islam mengikut acuan Rasullullah sebaliknya menunggu kalau-kalau ada insan / individu yang hampir mempunyai jiwa kepimpinan maka individu itu akan terus diletakan sebagai sasaran pemimpin dengan acuan nya sendiri sehinggakan bakal timbul beberapa keraguan dalam sistem Parti Pas kerana perjalanan parti Pas tidak disusun secara sistematik.
Sahabat saya berkata Pas adalah sebuah parti yang tidak bersistem mastik jadi bagaimana sebuah parti yang tidak bersistem matik mampu menerajui sebuah kerajaan. Sahabat saya memberitahu suatu ketika nanti Pas harus janakan ekonomi Parti mereka agar bakal rakyat mampu melihat dasar ekonomi Islam berpaksi atas Parti Pas bukannya asyik menyeru pada politik dan takbir namun akhlak yang dibina jauh menyimpang dari tuntutan syarak.
Memperjuangkan Islam itu benar , menjadikan Islam sebuah kerajaan itu benar tapi benarkah perjalanan Parti Pas di bumi Malaysia ini?
Sampai sini , kami bertiga diam dan masing-masing seolah-olah malas nak menyambung tajuk perbincangan tadi kerana atas beberapa sebab iaitu.....apa yang dikatakan oleh sahabat dari KL ini ada benarnya....