Monday, May 18, 2009

DOKTRIN MULTI-LEVEL

Tiada apa yang lebih baik kecuali hanya produk dari syarikat mereka saja yang benar. Tidak ada pakar yang lebih pakar dari mereka kecuali hanya pakar yang diakui syarikat merekalah yang pakar. Kekadang naik seram bulu tengkuk bila mendengar mereka menyatakan kepada kita 'jangan taksub kepada guru kerana guru itu tiada apa-apa ( mereka tujukan pada pengikut tarikat ). Memang ada kebenarannya. Namun dalam kita menjual produk syarikat tertentu jangan pulalah kita menghina produk orang lain kerana kesembuhan itu terletak pada Allah bukan pada syarikat multi-level tertentu.
Timbul pula beberapa ayat mengharapkan orang luar agar tidak lari akidah tentang perubatan dan tidak taksub pada guru tarikat namun keempat-empat imam besar yang membawa mazhab semuanya bertarikat. Mungkin golongan mereka yang menyatakan jangan terlalu patuh pada guru tidak berpegang dengan mana-mana mazhab. Sedangkan mereka lupa , ulama yang mengariskan mazhab juga adalah seorang yang berstatuskan guru. Namun ini tidak diterangkan sehinggakan mereka lupa tidak bermazhab juga adalah merupakan satu mazhab.
Mereka berbicara seolah-olah ilmu mereka lebih tinggi dari 4 ulama besar yang mengariskan mazhab bagi mengimbangi iabdat mengikut keadaan geografi.
Rata-rata muliti-level hari ini sebenarnya sedang menyebarkan doktrin mereka dan ramai ahli-ahli mereka tidak sedar bukan sahaja plan pemasaran sahaja yang diajarkan pada mereka malah sebuah doktrin juga turut disuntik bagi menjayakan hasrat mereka.
Inilah yang dikatakan...jika kita memilih munafik sebagai pemimpin maka pimpinan itu akan di pimpin dengan penuh kemunafikan. Jika kita memilih seseorang yang jahil maka kejahilan itulah yang akan di serap kepada kita.
Mencari yang halal itu adalah fardhu namun ianya bukan sahaja pada makanan namun juga terletak pada tanah tempat kita mendirikan rumah. Ramai ahli syarikat itu bercakap tentang produk halal namun hampir 40 tahun tinggal di tanah haram yang tidak diredho oleh tuannya dan tidak sesen pun mereka membayar sewa tanah kepada tuannya.
Kena bab tanah , mereka lupa mencari yang fardhu !
Kerana duit kekadang otak besar pun boleh jadi sempit ..........

No comments: