Saturday, March 28, 2009

PAKATAN RAKYAT JANGAN CARI ALASAN

Mahu tidak mahu Pakatan Rakyat jangan mencipta apa-apa alasan bai menutup kelemahan sengkangan politik setelah Umno membuka lembaran setelah tamatnya perhimpunan pada hari ini. Barisan MT dan muka-muka baru yang memegang portfolio dalam Pemuda adalah merupakan barisan agresif yang akan berjuang habis-habisan bagi merebut kembali maruah Umno di Malaysia. Saya memandang perlantikan Sdr. Khairy adalah sebagai paradigma yang dirancang bagi mengoyangkan pengundi khususnya kalangan belia yang bakal diserap sebagai pengundi dengan jumlah 4 juta pengundi baru.
Apakah Najib akan memberi laluan kepada Khairy untuk memegang Kementerian Belia dan Sukan pada masa yang akan datang bagi memudahkan Ketua Pemuda yang baru ini membuat tajahan-tajahan berbisa bagi mengisi ruang belia agar barisan Pemuda dan Belia Negara akan di serap di bawah tangan beliau. Hal ini semestinya adalah satu suasana yang sebenarnya telah disusun kian sebelum berlaku pemilihan di PWTC lagi. Banjiran-banjiran komplen dan komen yang tidak berpuas hati dengan perlantikan Khairy terus berkemundang walaupun bas-bas dan kereta telah sampai di perkarangan rumah pemerhati dan perwakilan. Banyak cerita yang merupakan cerita biasa ataupun sebuah rekayasa yang sengaja dicipta bagi mengeruhkan suasana yang berlaku.
Dalam situasi yang lain pula Anwar sebenarnya telah menyenaraikan juga gagasan baru beliau bahawa Parlimen akan terus di goyah dan di goyang beliau bagi merealisasikan PKR bertindak sebagai sebuah kerajaan dalam tempoh yang dirancang. PRU 13 akan terus menyemarak kerana orde-orde baru Umno dengan semangat Presiden yang baru akan membuktikan kehebatan mereka di 3 buah tempat mengundi dalam masa yang terdekat ini. Namun ingin saya ingatkan bahawa Pakatan Rakyat sekarang ini mengalami tekanan yang agresif setelah polis mengeluarkan amaran tidak diperbolehkan berceramah di tempat umum.
Di Pulau Pinang baru-baru ini kes Fairos masih lagi menjadi kes utama kelemahan Pakatan Rakyat dilihat dari kaca mata rakyat bawahan bahawa PKR & DAP gagal mengatur strategi kepimpinan yang mantap setelah beberapa kelemahan pentadbiran di tunjukan oleh Fairos. Ramai rakyat Pulau Pinang yang benar-benar kecewa dengan Fairos bila Fairos mengugurkan / membatalkan perlantikan Pengerusi JKKK baru-baru ini menyebabkan kerajaan kecil itu tidak dapat bergerak dengan selesa. Sekarang di Pulau Pinang kesemua Pengerusi JKKK telah di batalkan perlantikan mereka dan mereka merasa amat kecewa dengan sikap Fairos yang kini tanpa di duga terus meletakan jawatan dengan mengantungkan persoalan ini tanpa sebarang jawapan yang pasti.
Pakatan Rakyat harus bertindak pintar sebelum banyak hal lain akan terbongkar yang akhirnya akan menjerumuskan Pakatan Rakyat dalam sebuah Parti yang hanya merugikan rakyat.

Friday, March 27, 2009

MAHATHIR KECEWA DI PWTC

Petang tadi dalam perjalanan balik saya di telefon oleh seorang teman yang telah bermukim selama 3 hari di PWTC. Beliau memberitahu saya bahawa Mahathir kecewa dengan apa yang berlaku di PWTC. Saya pun bertanya ' apa yang berlaku disana?" Setahu saya suara Cikgu Man dari Langkawi telah gegakan dewan PWTC. Bukan pasai tu aji.....kata teman ini. Mahathir kecewa sebab dia kata masih ada politik rasuah di PWTC. Uh... pasai tu ka.
Mahathir baru nak rasa kecewa ka? Kami dah bertahun dah rasa...kata saya. Teman saya diam sejenak. Lepas tu dia mula kata , mai la kita jumpa sat sebelum nak maghrib ni. Jom kita pi pekena capati bang E dulu. 5 menit kemudian dia call lagi....bang E tutup kedai makan cap kampung ada la , mau ka? Saya kata boleh la. Lepas tu kami pekena rojak sengkuang petang tu dengan lai chi kang.
Sememangnya PWTC sekali lagi mencatat sejarah. Kira-kira kalau tak silap saya kali terakhir say jejekan kaki ke perhimpunan di PWTC dalam 4 tahun yang lalu , kalau tak silap lah. Saya pergi dengan duit sendiri dan bayar hotel pun dengan duit sendiri itupun terpaksa tumpang kawan-kawan di Presscot Hotel sebilik bubuh sampai 4 orang. Lepas dari tahun tu saya memang selalu lupa nak pergi. Tengoklah kalau ada peluang lagi dalam 2 tahun lagi boleh jugak pi jenguk-jenguk macam dulu lagi. Seronok jga tengok perhimpuan umno ni sebenarnya. Semua gah ada yang macam pengantin baru , ada yang macam mak andam lama dan banyak lagi lah. Terubuk sarawak saya rasa tiap-tiap kali perhimpunan dia mesti menjual punya. itu belum termasuk baju-baju batik Sutera yang Islam haramkan pada lelaki masih banyak di jual untuk dipakai.
Tak terhitung jugalah bekas-bekas Perak yang sering dibeli oleh mak datin untuk dibuat bekas minuman dan makanan sedangkan jelas dalam hadis yang mengharamkan kita makan dan minum dalam bekas perak. Saya rasa hal-hal batik Sutera dan Gelas Perak yang sah kata haram sepatutnya tidak dijual berluasa untuk kaum Islam. Tapi nak buat macam mana produk-produk yang macam tulah yang berikan profit margin yang besar dan tinggi permintaan nya.
Berbalik kepada teman saya , dia pun mula bertanya saya apakah sebenarnya yang diperjuang oleh PAS selama ini. Saya beritahu kepada teman saya mudah saja. UMNO perjuangakan MELAYU dan PAS perjuangakan ISLAM jadi dia seumpama dua buah jambatan yang tidak akan bertemu. Sebab itulah saya bagi tahu pada teman saya sekiranya dia ingin cari perbezaan dah tentu berbeza antaa Umno dan Pas kerana manifesto setiap satunya awal-awal lagi dah berbeza.
Saya juga memberitahu teman saya sebab itulah selama ini ramai orang Umno yang menuding jari pada Pas kerana kalau nak bercakap tentang perjuang Melayu memang Umnolah yang paling teror tapi kalau nak bercakap pula tentang Islam maka iaya akan duduk di dalam Pas. Sekarang saya beritahu teman dia boleh memilih yang mana lebih nampak selamat Umno atau Pas? Teman saya terdiam sejenak. Kalau nak pilih dua-dua boleh dak ? Kata dia. Saya kata mana boleh berada di dua tempat pada yang sama. Kita-kita ni makam rendah lagi tak sampai tahap tu hehehe. Dan saya berikan satu tip pada teman saya : Jangan bercakap tentang ISLAM didalam UMNO dan jangan bercakap MELAYU di dalam PAS nescaya kamu akan dapat melihat mana yang putih mana yang hitam.

KERAJAAN BAWAH POKOK DAN MENTERI POSOLLA

Tiga hari lepas ada sorang sahabat lama telefon untuk datang nak minum-minum kopi di rumah dan sambil bincang-bincang satu dua perkara. Saya pun terima cadangan tu dan sahabat tu pun selang dalam 15 menit dah samapi kat depan rumah dengan penuh semangat untuk minum petang. Dengan kopi kampung dan sedikit popia goreng kami duduk berdua sambil saya menunggu apa yang akan dibincangkan petang-petang begini.
Tak lama selepas menghirup sedegak kopi panas , sahabat saya pun memulakan cerita. Dia memberitahu kepada saya tentang tayangan filem Laksamana Do Re Mi di RTM dan Astro baru-baru ni ada di tayangkan di kedua-dua saluran tersebut. Saya memberitahu kepada dia bahwa saya tak pula sempat menonton tayangan yang baru-baru ini tapi saya tahulah tentang cerita filem tu. Sahabat saya memberitahu dalam filem tu KERAJAAN YANG SAH adalah KERAJAAN YANG BERADA DI BAWAH POKOK. Saya ketawa terbahak-bahak sambil mengiya-iyakan penyataan sahabat saya tu. Betul ! Betul ! kata saya , ya tak ya jugak lah ya. Memang kerajaan yang sah adalah kerajaan yang adalah yang berada di bawah pokok tu.
Sahabat saya bertanya lagi ' tahu dak sapa yang jadi Posolla? ' . Saya geleng kepala tanda tak tahu. Sahabat saya kata ' hahaha Zamri lah pasolla tu '. Uh macam tu kata saya. Kemudian saya pun teringat macam mana nak bunuh posolla tu. Sahabat saya kata lani belah Perak depa duk riuh duk cari buluh nak cucuk tapak kaki Posolla hahahaha.
Kami tinggalkan cerita Posolla dan kerajaan bawah pokok tu dan kemudian sahabat saya meluahkan kekecewaan beliau pada pupuk pimpinan Umno. Setahu saya sahabat saya ni memang ahli Umno dan dulunya pernah menjawat jawatan Naib Ketua Pemuda Bahagian kalau tak silap saya lah. Tapi sekarang ni saya pun tak tahu apakah dia masih berjawatan dalam Umno bahagian ataupun cawangan , itu saya tak tahu dan tak pula saya bertanya.
Sahabat saya yang dulunya memang 'keng' dalam Umno pun dah mula menunjuk tanda-tanda kecewa. Saya bertanya kenapa jadi macam tu dalam Umno peringkat akar umbi ni. Kan sayang ! Sahabat saya beritahu pemimpin dalam Umno akar umbi sekarang pun di piliah berdasarkan harta dan kereta. Sapa banyak harta , sapa besar dia punya kereta akan mudahlah dapat jawatan. Macam tu rupa-rupanya selama ni..........

Monday, March 23, 2009

HARAPKAN PAGAR ...PAGAR TAK BOLEH DI HARAP.

Di Penang sekarang ni riuh-rendah tentang kes perletakan jawatan oleh Yb Fairos yang dulunya menyandang jawatan Timb Ketua Menteri 1. Ramai orang yang tepuk tangan gembira bila khabar ni disahkan oleh pihak yang bertanggungjawap.
Di Penanti ada pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang melebarkan mulut melempar senyum kepuasan. Di kalangan penyokong Fairos yang dulunya menyokong pun kini dah memesong dan menghadiahkan sedikit senyum kepuasan. Saya sendiri pun petang tadi dihujani beberapa panggilan talefon kawan-kawan ajak minum dan bincang-bincang perkara ni. Sebab dah agak mula sihat sikit jadi saya pun keluar juga pekena popia goreng & basah kemudian ke lokasi yang agak sentimental dan privacy area-area dekat dengan balai bomba sebelahan pejabat telekom.
Sambil-sambil pekena popia goreng dan teh tarik seorang teman pun memulakan perbincangan topik 'fairos letak jawatan'. Dia memberikan hujah-hujah mengatakan memang layak Fairos letak jawatan disebabkan tak perform sebagai tunggak pemimpin Melayu yang diharapkan berwawasan untuk memajukan Melayu Pulau Pinang. Beliau memberitahu banyak kesilapan Yb Fairos bila beliau ( Yb Fairos ) tidak meletakkan 'think tank' yang mampu memback up beliau untuk beberapa perancangan dan kerja-kerja pembangunan masyarakat.
Saya bersetuju dengan hujah teman tu bila memikirkan Yb Fairos selalu menukar dan memberhentikan ' PA ' beliau tanpa alasan yang munasabah. bagi saya Yb Fairos memang ada kelemahan dalam bidang pengurusan politik dan kerja beliau selama ini. Sikap Yb Fairos yang tidak mudah muhasabah diri juga memakan beliau balik bila ada ramai yang memberi nasihat yang berguna pada Yb Fairos sebelum ini namun Yb Fairos tetap macam beliau , iya iya tapi tak ambil kidah dan merasakan tindakan beliau selama ini benar mengikut kiraan beliau.
Sayang sekali kepada Yb Fairos , dengan jawatan yang begitu tinggi sebagai seorang Melayu di dalam kerajaan Pulau Pinang kini tinggal kenangan saja dalam buku politik kerajaan pakatan suatu hari nanti. Saya memberi tahu kepada teman saya bahawa , saya ada membuat beberapa email peribadi saya kepada Yb Fairos selama ini namun tidak pernah mendapat balasan email dan saya mengatakan mungkin email-email itu tidak pernah di buka atau mungkin saya salah alamat mengirimnya. Teman-teman yang ada ketika itu ketawa terbahak-bahak.
Bagi saya Yb Fairos harus muhasabah diri dan perjalanan beliau yang tanpa onak dan duri di dalam politik sebab terlalu mudah mendapat jawatan TKM 1 mungkin penyebab utama kenapa beliau mudah menjadi rapuh dalam situasi begini. Saya tahu sebelum ini , ramai yang sanggup membantu di belakang beliau namun hampir semua beliau cantas kerana alasan yang kami sendiri pun tak mengerti. Namun apa pun yang berlaku ini sebenarnya memberi kesan yang negatif kepada Pakatan Rakyat terutamanya kepada parti Keadilan. Memang benar juga kata-kata seorang teman petang tadi bahawa ' Keadilan ' belum siap untuk membentuk sebuah kerajaan. Ini kerana ramai calon-calon 'Keadilan' menjadi YB dikira sebagai 'tangkap muat' sahaja. Keadilan belum cukup kuat untuk bergerak sebagai tulang belakang sebuah kerajaan. Latihan dan langkah-langkah persediaan sebagai seorang YB tidak pernah diberikan oleh 'Keadilan' kepada calon-calon YB akhirnya mereka tidak mempunyai persediaan yang mencukupi bagi melayakkan mereka berkhidmat sebagai YB.
Masalah ini juga wujud di kalangan parti Pas kerana PAS juga tidak banyak memberikan taklimat kepimpinan kepada lapisan akar umbi mereka akhirnya PAS juga digolongkan kepada sebuah parti yang belum cukup-cukup bersedia untuk menjadi tulang-belakang sebuah kerajaan. Dengan tidak mengambil kira pemerintahan PAS di Kelantan , PAS di negeri-negeri lain sememangnya masih belum bersedia untuk berkhidmat sebagai YB ataupun ahli Parlimen.
Tidak ada satu pun agenda pelapis dan latihan sebagai YB / ahli Parlimen di dalam parti Keadilan / Pas bagi menyediakan pemimpin sebagai tunggak masa depan.
Kesimpulan petang tadi ialah : PAS dan KEADILAN belum cukup persediaan dan belum benar-benar bersedia sebagai pemerintah / kerajaan dalam ertikata kerajaan pakatan rakyat atau apa jua pakatan.
Manifesto Najib untuk menawan kembali negeri Pakatan Rakyat dilihat sebagai satu-hal manifesto yang munasabah bila terlalu banyak kelemahan yang tidak mampu di perbaiki oleh Pakatan Rakyat dalam waktu tempoh yang telah di beri tanggungjawap oleh rakyat selama ini.
p/s : Pengundi di Bukit Selambau mahukan Pemimpin dikalangan orang ' Melayu ' . Calon selain calon Melayu berkemungkinan akan mengakibatkan fatal.