Monday, March 23, 2009

HARAPKAN PAGAR ...PAGAR TAK BOLEH DI HARAP.

Di Penang sekarang ni riuh-rendah tentang kes perletakan jawatan oleh Yb Fairos yang dulunya menyandang jawatan Timb Ketua Menteri 1. Ramai orang yang tepuk tangan gembira bila khabar ni disahkan oleh pihak yang bertanggungjawap.
Di Penanti ada pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang melebarkan mulut melempar senyum kepuasan. Di kalangan penyokong Fairos yang dulunya menyokong pun kini dah memesong dan menghadiahkan sedikit senyum kepuasan. Saya sendiri pun petang tadi dihujani beberapa panggilan talefon kawan-kawan ajak minum dan bincang-bincang perkara ni. Sebab dah agak mula sihat sikit jadi saya pun keluar juga pekena popia goreng & basah kemudian ke lokasi yang agak sentimental dan privacy area-area dekat dengan balai bomba sebelahan pejabat telekom.
Sambil-sambil pekena popia goreng dan teh tarik seorang teman pun memulakan perbincangan topik 'fairos letak jawatan'. Dia memberikan hujah-hujah mengatakan memang layak Fairos letak jawatan disebabkan tak perform sebagai tunggak pemimpin Melayu yang diharapkan berwawasan untuk memajukan Melayu Pulau Pinang. Beliau memberitahu banyak kesilapan Yb Fairos bila beliau ( Yb Fairos ) tidak meletakkan 'think tank' yang mampu memback up beliau untuk beberapa perancangan dan kerja-kerja pembangunan masyarakat.
Saya bersetuju dengan hujah teman tu bila memikirkan Yb Fairos selalu menukar dan memberhentikan ' PA ' beliau tanpa alasan yang munasabah. bagi saya Yb Fairos memang ada kelemahan dalam bidang pengurusan politik dan kerja beliau selama ini. Sikap Yb Fairos yang tidak mudah muhasabah diri juga memakan beliau balik bila ada ramai yang memberi nasihat yang berguna pada Yb Fairos sebelum ini namun Yb Fairos tetap macam beliau , iya iya tapi tak ambil kidah dan merasakan tindakan beliau selama ini benar mengikut kiraan beliau.
Sayang sekali kepada Yb Fairos , dengan jawatan yang begitu tinggi sebagai seorang Melayu di dalam kerajaan Pulau Pinang kini tinggal kenangan saja dalam buku politik kerajaan pakatan suatu hari nanti. Saya memberi tahu kepada teman saya bahawa , saya ada membuat beberapa email peribadi saya kepada Yb Fairos selama ini namun tidak pernah mendapat balasan email dan saya mengatakan mungkin email-email itu tidak pernah di buka atau mungkin saya salah alamat mengirimnya. Teman-teman yang ada ketika itu ketawa terbahak-bahak.
Bagi saya Yb Fairos harus muhasabah diri dan perjalanan beliau yang tanpa onak dan duri di dalam politik sebab terlalu mudah mendapat jawatan TKM 1 mungkin penyebab utama kenapa beliau mudah menjadi rapuh dalam situasi begini. Saya tahu sebelum ini , ramai yang sanggup membantu di belakang beliau namun hampir semua beliau cantas kerana alasan yang kami sendiri pun tak mengerti. Namun apa pun yang berlaku ini sebenarnya memberi kesan yang negatif kepada Pakatan Rakyat terutamanya kepada parti Keadilan. Memang benar juga kata-kata seorang teman petang tadi bahawa ' Keadilan ' belum siap untuk membentuk sebuah kerajaan. Ini kerana ramai calon-calon 'Keadilan' menjadi YB dikira sebagai 'tangkap muat' sahaja. Keadilan belum cukup kuat untuk bergerak sebagai tulang belakang sebuah kerajaan. Latihan dan langkah-langkah persediaan sebagai seorang YB tidak pernah diberikan oleh 'Keadilan' kepada calon-calon YB akhirnya mereka tidak mempunyai persediaan yang mencukupi bagi melayakkan mereka berkhidmat sebagai YB.
Masalah ini juga wujud di kalangan parti Pas kerana PAS juga tidak banyak memberikan taklimat kepimpinan kepada lapisan akar umbi mereka akhirnya PAS juga digolongkan kepada sebuah parti yang belum cukup-cukup bersedia untuk menjadi tulang-belakang sebuah kerajaan. Dengan tidak mengambil kira pemerintahan PAS di Kelantan , PAS di negeri-negeri lain sememangnya masih belum bersedia untuk berkhidmat sebagai YB ataupun ahli Parlimen.
Tidak ada satu pun agenda pelapis dan latihan sebagai YB / ahli Parlimen di dalam parti Keadilan / Pas bagi menyediakan pemimpin sebagai tunggak masa depan.
Kesimpulan petang tadi ialah : PAS dan KEADILAN belum cukup persediaan dan belum benar-benar bersedia sebagai pemerintah / kerajaan dalam ertikata kerajaan pakatan rakyat atau apa jua pakatan.
Manifesto Najib untuk menawan kembali negeri Pakatan Rakyat dilihat sebagai satu-hal manifesto yang munasabah bila terlalu banyak kelemahan yang tidak mampu di perbaiki oleh Pakatan Rakyat dalam waktu tempoh yang telah di beri tanggungjawap oleh rakyat selama ini.
p/s : Pengundi di Bukit Selambau mahukan Pemimpin dikalangan orang ' Melayu ' . Calon selain calon Melayu berkemungkinan akan mengakibatkan fatal.

No comments: