Friday, February 6, 2009

JKKK Sebagai Sebuah Kerajaan Kecil ( 2 )

Pengerusi JKKK yang mempengerusikan JKKK adalah dianggap sebagai Adun dalam kawasan tersebut. Sedangkan ahli jawatankuasa yang lain adalah dianggap sebagai exco dalam kerajaan kecil tersebut. Kegagalan fungsi JKKK dalam satu-satu bahagian ataupun kawasan adalah merupakan titik awal berlakunya kegagalan sesebuah kerajaan. Inilah hakikat politik yang bermukim di Malaysia. Fungsi JKKK adalah titik pertama sebuah pentadbiran kecil tetapi mempunyai fungsi yang besar dan luar biasa.

Bagi mereka yang tidak dapat melihat perkara ini akhirnya mereka memulaukan JKKK ataupun mereka tidak akan membentuk sebuah JKKK yang mantap yang mempunyai peranan dan sumbangan yang besar kepada masyarakat. Ramai ahli JKKK tidak menyedari hal ini dan akhirnya mereka merosakan sebuah peluang dan fungsi yang cukup besar yang telah diberikan kepada mereka.

Ada diantara ahli JKKK yang seumpama pesakit di sebuah hospital iaitu menunggu sesuatu disuapkan ke mulut atau hanya terbaring di katil rawatan sambil berdoa menunggu hukuman sebuah rawatan. Ada juga di kawasan-kawasan yang telah dimenangi namun tiada sesiapa pun yang mahu tampil untuk memikul tanggungjawap sebagai JKKK. Bererti di kawasan itu mereka cuba hancurkan sebuah kerajaan kecil yang seharusnya mereka bentuk bagi mengawal kemajuan dan keselamatan kampung yang telah dimenangi.

Kenapa hal seperti ini berlaku dan tiada siapa sedar? Kerana mereka malu tidak bertempat dan malas tidak bermasa. Malu untuk tampilkan diri bagi menjadi sebahagian dari sebuah kerajaan dan malas untuk berbakti pada masa yang sangat-sangat diperlukan. Inilah sebuah jawapan kepada jatuhnya sesebuah kerajaan.

Dengan melihat perkara ini adalah sebagai sebuah perkara serius maka pembentukan semangat baru bagi melahirkan JKKK yang menepati sasaran haruslah dilakukan. Kepada yang telah dilantik menjadi JKKK janganlah berpeluk tubuh dan kepada yang selama ini menyembunyikan diri , ayuh keluar. JKKK adalah sebuah kerajaan kecil , JKKK harus menunjukan sebuah perpaduan dan kesefahaman yang tinggi diantara ahli-ahlinya , JKKK harus tahu peranan dan fungsi mereka kepada masyarakat.

Hari esok sekiranya kita mengeluh kerana kehilangan sebuah kerajaan janganlah kita menyesal kerana pada hari ini kita tidak pernah melakukan seperti mana yang harus kita lakukan. Akhirnya , kita juga sama seperti mereka………….mengatok dulang paku serepih , mengata orang rupanya kita yang lebih.

No comments: