Thursday, December 31, 2009

Melayu Perlukan Pemimpin Yang " Kemetot " dan " Berkaki Lebar ".

Ya. Memang Melayu perlukan pemimpin yang 'kemetot' dan "berkaki lebar'. Maksud kemetot disini ialah pemimpin yang 'komited' dan berkaki lebar pula membawa maksud yang berkaliber.

Telah hampir separuh abad kaum Melayu khususnya di Malaysia mengharungi badai kemerdekaan namun sehingga kini Melayu masih jauh terbelakang berbanding dengan kemajuan kaum-kaum lain.

Apa yang dikejar oleh Melayu? Duniawi ? Atau mereka mengejar akhirat?

Jawapannya ialah dua-dua tidak dikejar. Melayu hanya menunggu kiamat. Itulah jawapan sebenar...

SOKONG DALAM TAKUT-TAKUT.

Jika dikumpulkan semua ahli Pas dalam negara ini , nescaya Pas tidak akan dapat mencipta kejayaan. Dalam semua ahli Pas tetap juga terdapat ahli yang tidak aktif atau dinamakan ahli yang pasif maka bertambah payahlah Pas untuk menghasilkan kejayaan. Namun kenapa pada PRU - 12 yang lalu Pas mengegarkan dunia politik tanah air bila muncul sebagai parti yang mendapat mandat untuk memerintah 3 buah negeri yang diletakan di bawah pakatan rakyat? 1 buah negeri iaitu Perak telah di tarik balik oleh FINANCE.
Ramai yang menyokong Pas tetapi tidak ramai yang mahu menjadi ahli. Apakah yang membuatkan mereka ini takut atau apakah mereka ini takut kepada PAS atau hanya mahu melihat keupayaan PAS terlebih dulu sebelum mahu memberi komitmen sepenuhnya.
Sebenarnya ramai yang tidak mahu menjadi ahli PAS bukanlah mereka takut dengan PAS tetapi mereka ini takut dengan Umno. Itulah hakikat yang menyokong Pas tetapi tidak mahu menyertai Pas.
Itulah Umno yang kadang-kadang lebih mengalahkan tentera Jepun .........dulu Umno takut dengan tentera Jepun tapi sekarang ni orang Jepun pula takut kat Umno. Inilah satu-satunya kejayaan Melayu di mata Jepun........

Tuesday, December 22, 2009

PAS - HANYA MENANG SOKONGAN TAPI AHLI KURANG.

PAS harus menerima hakikat ini bahawa memang ramai yang sokong perjuangan PAS namun kenapa mereka memilih untuk tidak mahu menjadi ahli.
Di kalangan anak muda memang ramai yang memberi sokongan mereka kepada PAS namun bila di pelawa menjadi ahli mereka akan menolak dengan pelbagai alasan. Perkara seperti ini sepatutnya menjadi tugas PAS untuk membuat post-monterm terutama pucuk pimpinan parti dari kalangan negeri itu sendiri.
PAS negeri sepatutnya menyediakan sebuah lagi Lajnah yang mampu membuat kajian kepada setiap kelemahan PAS kemudian membentangkan kertas kerja tersebut di dalam satu program khas yang perlu di rangka bagi menjamin kestabilan PAS.
Sebuah Lajnah yang lebih berupa LAJNAH KAJIAN & PEMBANGUNAN PAS NEGERI harus di siapkan untuk PAS berdepan dengan PRU 13 dan Lajnah ini juga dapat di gunakan bagi membuat kajian-kajian dalaman kepada masalah PAS itu sendiri terhadap masalah di KAWASAN mahupun di CAWANGAN.
Mahukah PAS PULAU PINANG menyahut seruan ini bagi mengukuhkan lagi sokongan terhadap PAS ?

Friday, December 18, 2009

350 Juta Melayu Dalam Dunia?

Saya membaca buku yang ditulis oleh Datuk Zaid Ibrahim. Seorang ahli dan pejuang Umno suatu ketika dulu yang kini telah di pecat dari ahli Umno kerana sebab yang tidak bersebab. Dulu , Dato Onn Jaafar pengasas Umno pun sebenarnya lebih kurang macam kena pecat juga walaupun Dato Onn yang letak jawatan dan mohon keluar dari Umno.
Dalam buku yang ditulis oleh Datuk Zaid Ibrahim yang bertajuk " Saya pun Melayu " ada menyataka bahawa terdapat sekitar hampir 350 juta orang di seluruh dunia ini boleh di klifikasikan sebagai Melayu. Klifikasi Melayu ini adalah dengan tidak merujuk kepada istilah Melayu yang di keluarkan oleh Dewan Bahasa & Pustaka yang membawa erti Melayu adalah " mereka yang mengamalkan adat resam Melayu , bertutur dalam bahasa Melayu dan beragama Islam.
Jika kita melihat satu persatu tentang penyataan dari Dewan Bahasa & Pustaka ( selepas ini akan ditulis dengan singkatan DBP ) tentang mengamalkan adat resam Melayu sebenarnya adalah merupakan sebuah jurang yang luas dan tidak terbatas pada hakikatnya. Ini kerana adat resam Melayu sebenarnya tidak pernah di standardkan mengikut piawaian SIRIM ataupun dari sudut mata pandang agama Islam itu sendiri.
Disebabkan adat kekadang ada terdapat adat yang menyalahi ibadat. Oleh itu sebuah rang undang-undang adat Melayu sewajarnya harus di ulang kaji semula dan kemudian hendaklah dinyatakan sebagai adat dasar ataupun di namakan adat permula agar adat-adat Melayu yang sebenar tidak dicampur dengan kesalahan di dalam ibadat.
Adat Melayu pada dasarnya adalah di ambil dan diserap melalui ibadat Islam itu sendiri sebenarnya. Asal dan permulaan adat Melayu adalah menghormati agama Islam sebagai agama mereka adalah merupakan tunggak adat yang mula dalam adat orang Melayu.
Pertembungan antara adat dan ibadat dalam kehidupan orang Melayu bukanlah satu hal yang baru dan kita aka bincangkan perkara ini untuk satu sesi yang akan datang InsyaAllah.
Melalui tajuk diatas sebenarnya saya ingin nyatakan bahawa UMNO melihat 350 juta Melayu adalah merupakan peluang kepada UMNO untuk mempeluaskan pengaruhnya berdasarkan kepada istilah Melayu yang mereka gunakan sebagai mentafsirkan kaum Melayu di dunia ini. Namun kenapakah istijak majmuk Melayu itu tidak digunakan dalam kamus Umno untuk mentafsirkan orang Melayu di Malaysia ini.
Saya bersetuju dengan pandangan Datuk Zaid Ibrahim yang di tulis dalam bukunya itu dan saya berpendapat bahawa buku Saya pun Melayu harus di jadikan sebuah buku rujukan luahan rasa bagi kaum Melayu memahami bagaimanakah perjuangan Umno yang sebenarnya tidak berdasarkan Melayu dan Islam melalui penulisan seorang yang pernah berada di dalam Umno.

Tuesday, December 1, 2009

POLITIK : SIAPA TUNGGANG SIAPA ?

Di dalam politik akan ada 2 bahagian yang sentiasa di sebut oleh ramai orang. Pertama parti dan kedua adalah ahli. Untuk mencapai sesuatu hasrat di dalam politik salah satu dari 2 yang disebutkan tadi harus menjadi KUDA.
Sekarang marilah kita merenung apakah kita yang jadi KUDA atau parti kita yang menjadi KUDA kepada kita.
Satu perbezaan yang besar antara PAS dan UMNO yang jarang dilihat oleh orang ialah tentang siapa yang jadi kuda dan siapa pula yang jadi jockey. Ahli-ahli PAS adalah di latih untuk menjadi kuda dan PAS adalah jockey. Jadi untuk mencapai hasrat PAS pasti akan ada kuda yang perlu dikorbankan , akan ada kuda yang keletihan dan akan ada kuda yang porlu di bersarakan.
Berbeza dengan UMNO , ahli-ahli umno menjadikan UMNO adalah kuda mereka. Mereka akan tunggang kuda ini untuk mencapai hasrat politik mereka. Akhirnya memang mereka sampai ke tempat tujuan namun KUDA mereka semakin rosak , kuda mereka semakin tenat dan penat kerana kuda mereka hanya satu iaitu UMNO. Mereka tunggang UMNO menjadi kuda mereka dan ahli-ahli UMNO menjadi jockey kepada parti mereka.
Dalam erti kata lain ialah :
Ahli-ahli PAS menjadi KUDA kepada PAS bagi mencapai matlamat dan tujuan sedangkan AHLI UMNO pula menjadikan UMNO sebagai KUDA untuk mencapai hasrat dan tujuan mereka. Inilah sebuah perbezaan antara PAS dan UMNO.
UMNO berjuang untuk ahli-ahlinya. Ahli-ahli PAS berjuang untuk partinya. Renung dan lebarkan minda.....maka anda akan temui akan erti sebuah pengorbanan............