Friday, December 18, 2009

350 Juta Melayu Dalam Dunia?

Saya membaca buku yang ditulis oleh Datuk Zaid Ibrahim. Seorang ahli dan pejuang Umno suatu ketika dulu yang kini telah di pecat dari ahli Umno kerana sebab yang tidak bersebab. Dulu , Dato Onn Jaafar pengasas Umno pun sebenarnya lebih kurang macam kena pecat juga walaupun Dato Onn yang letak jawatan dan mohon keluar dari Umno.
Dalam buku yang ditulis oleh Datuk Zaid Ibrahim yang bertajuk " Saya pun Melayu " ada menyataka bahawa terdapat sekitar hampir 350 juta orang di seluruh dunia ini boleh di klifikasikan sebagai Melayu. Klifikasi Melayu ini adalah dengan tidak merujuk kepada istilah Melayu yang di keluarkan oleh Dewan Bahasa & Pustaka yang membawa erti Melayu adalah " mereka yang mengamalkan adat resam Melayu , bertutur dalam bahasa Melayu dan beragama Islam.
Jika kita melihat satu persatu tentang penyataan dari Dewan Bahasa & Pustaka ( selepas ini akan ditulis dengan singkatan DBP ) tentang mengamalkan adat resam Melayu sebenarnya adalah merupakan sebuah jurang yang luas dan tidak terbatas pada hakikatnya. Ini kerana adat resam Melayu sebenarnya tidak pernah di standardkan mengikut piawaian SIRIM ataupun dari sudut mata pandang agama Islam itu sendiri.
Disebabkan adat kekadang ada terdapat adat yang menyalahi ibadat. Oleh itu sebuah rang undang-undang adat Melayu sewajarnya harus di ulang kaji semula dan kemudian hendaklah dinyatakan sebagai adat dasar ataupun di namakan adat permula agar adat-adat Melayu yang sebenar tidak dicampur dengan kesalahan di dalam ibadat.
Adat Melayu pada dasarnya adalah di ambil dan diserap melalui ibadat Islam itu sendiri sebenarnya. Asal dan permulaan adat Melayu adalah menghormati agama Islam sebagai agama mereka adalah merupakan tunggak adat yang mula dalam adat orang Melayu.
Pertembungan antara adat dan ibadat dalam kehidupan orang Melayu bukanlah satu hal yang baru dan kita aka bincangkan perkara ini untuk satu sesi yang akan datang InsyaAllah.
Melalui tajuk diatas sebenarnya saya ingin nyatakan bahawa UMNO melihat 350 juta Melayu adalah merupakan peluang kepada UMNO untuk mempeluaskan pengaruhnya berdasarkan kepada istilah Melayu yang mereka gunakan sebagai mentafsirkan kaum Melayu di dunia ini. Namun kenapakah istijak majmuk Melayu itu tidak digunakan dalam kamus Umno untuk mentafsirkan orang Melayu di Malaysia ini.
Saya bersetuju dengan pandangan Datuk Zaid Ibrahim yang di tulis dalam bukunya itu dan saya berpendapat bahawa buku Saya pun Melayu harus di jadikan sebuah buku rujukan luahan rasa bagi kaum Melayu memahami bagaimanakah perjuangan Umno yang sebenarnya tidak berdasarkan Melayu dan Islam melalui penulisan seorang yang pernah berada di dalam Umno.

No comments: