Tuesday, August 24, 2010

Isu Kutbah Doakan LGE

Di Pulau Pinang riuh-rendah orang pakat sembang perkara ni. Kalaupun perkara ini salah baiknya kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk memutuskannya. Pulau Pinang ada MAIPP ada JAIPP dan yang paling aktif menjawab perkara ini adalah UMNO Pulau Pinang.

Saya yang baru balik dari 'seberang' pada 2 hari lepas pun memang terasa isu ni bila ada penumpang disebelah saya yang bertanyakan tentang isu ni. Saya jawab :

Biarlah perkara ini diuruskan oleh MAIPP dan JAIPP. Ada ramai tokoh agama yang tahu untuk menjawap perkara ini. Bab salah memang ada tapi sembahyang dan kutbah tetap SAH.

Sunday, April 4, 2010

MENONGKAH ARUS

Berbincang adalah satu tuntutan untuk menyelesaikan masalah. Kemerdekaan tanah air pun di perolehi dengan 'berbincang' bersama orang putih. Dalam Islam teknik ini dipanggil 'muzakarah' dan bermesyuarat pula adalah 'musyawarah' yang banyak menghasilkan agenda untuk dilaksanakan.

Permasalahan yang berlaku dalam mana-mana jemaah ialah tidak mengoptimakan penggunaan sesuatu lajnah yang telah diwujudkan. Ini timbul kerana sebarang cadangan dan teguran seumpama 'menongkah arus'.

Terlalu banyak cadangan sehinggakan tiada waktu untuk melaksanakanya......sedangkan kejayaan itu berada dalam 'pratikal' bukanya berada dalam teori.




Tuesday, March 30, 2010

Cerita Ceretet Taik Mata Penuh Poket.

Dah lama tak memblog , tetiba rasa ketagih nak menaip dengan kebetulan akhir-akhir ini saya banyak berkunjung ke Mesyuarat Agong.

Setiap kali ke mesyuarat agong yang saya fokuskan ialah Ucapan Perasmian. Saya paling berminat dan cukup meminati ucapan perasmian mesyuarat agong dan tak kiralah mesyuarat agong mana sekalipun.

Kekadang ada perasmi yang berucapan seumpama bersyarah tanpa benar-benar menggunakan ruang ucapan perasmian sebagai memberi pedoman betapa pentingnya mesyuarat agong ini. Dalam perjalanan mesyuarat agong akan di binakan takwim-takwim tahunan aktiviti dan dalam mesyuarat agong juga ahli-ahli dan perwakilan diberi kesempatan untuk memilih pemimpin yang mereka mahu mengikut pemimpin itu.

Ada mesyuarat agong yang perasminya datang seolah-olah membuat ucapan tazkirah........itu kira ok juga tapi ada kadang-kadang yang datang seumpama membuat UCAPAN TAKZIAH....yang ni memang berat. Bak kata pepatah - berat mata memandang , berat lagi cuping telinga mendengarnya........

Kita ada ruang Thamrin untuk melatih maka gunakan ruang yg kecil itu untuk memberi latihan pada bakal-bakal pemimpin. Sekiranya kita kekurangan bakal pemimpin maka itulah satu-satunya jalan bagi membekal bakal pemimpin dengan kefahaman yang jitu.

Selamat berlatih tapi jangan sampai letih.


Saturday, February 20, 2010

Adab Berjemaah.

Didalam apa jua persatuan pasti ada peraturan. Begitu juga didalam jemaah tetap juga ada peraturan berjemaah. Peraturan boleh juga di lembutkan dengan menukarkan kalimah peraturan menjadi istilah ADAB dan adab ini sebenarnya adalah peraturan namun tidak akan di kenakan denda / dianggap kesalahan jika seseorang melanggar adab.

Adab sebenarnya merupakan intipati dari awal sebuah peraturan.