Tuesday, January 8, 2008

JANGAN DAGANG AGAMA.

Petang semalam saya sempatkan diri bertemu dengan sahabat yang dah lama menjadi input beberapa isu semasa khususnya Malaysia mengatakan Mufti Perlis MAZA tidak setuju dengan beberapa agenda kaum Melayu Islam yang secara terang-terang cuba mempedagangkan Islam dalam bentuk produk.
Dengan tidak melihat kepada fahaman Wahabi yang di dakwa dibawa oleh MAZA ini saya terus mendengar coleteh sahabat saya tentang beberapa syarikat pemasaran yang menjadikan Islam sebagai isu untuk mendapatkan jualan. Contohnya ubat gigi mukmin yang terang-terang katanya cuba mengelirukan orang ramai dengan beberapa dalil agar mereka mendapat jualan dengan menjadikan agama sebagai alasan untuk membeli. Itulah isu pertama yang sahabat saya ini mengomel.
Isu yang kedua pula ialah lebih menarik bila sahabat saya ini bertanya saya tentang Wahabi dan bagaimana anggapan pihak lain tentang MAZA. Saya hanya tersenyum dan saya katakan siapalah saya yang sebetulnya masih cetek dengan fahaman Wahabi dan juga cetek dengan fahaman sunnah wal jamaah menjadikan saya tidak berhak melebelkan mana yang betul atau mana yang tidak. Kemudian sahabat saya bertanya jadi mana yang kau ikut ?
Saya hanya menjawap " ikut hati dan pengetahuan yang ada je lah ". Sebenarnya saya tak berani untuk terus melarut dengan isu Wahabi ini walaupun dalam hati teringin juga nak tahu sedalam-dalamnya tetapi dalam masa yang sama dimana aku berdiri sebenarnya kerana sewaktu di sekolah menengah dulu ustaz-ustaz kami telah menerapkan beberapa hal yang bidaah itu haram.
Saya tak berani mengatakan bahawa talkin itu haram , bagi saya kalau ianya tidak menyesatkan buat je lah. Kalau ianya tak mencuri waktu sapa-sapa , jalan je lah.
Kemudian timbulah isu-isu lain yang menyangkut kepada perkembangan Islam di Malaysia.

Thursday, January 3, 2008

Bincang Petang

' Bincang Petang ' adalah merupakan ruang maya yang disediakan bagi membincangkan beberapa isu semasa dan kaedah-kaedah yang positif yang boleh di ambil bagi memberi jalan keluar kepada masalah yang di bincangkan.

Menerusi ruang ini juga diharapkan dapat memberi penjelasan pada suara-suara yang berkait dengan beberapa persoalan yang inginkan perbincangan positif bagi menerapkan satu seisi cantuman maklumat.
Di ruang ini juga akan ada beberapa pengalaman yang boleh di kongsi sebagai panduan dan buah pemikiran yang boleh di panjangkan.
Segala tajuk dan esei boleh di kirim ke qorie.afifi@gmail.com atau qorie.afifi@yahoo.com