Sunday, January 18, 2009

Tidak Salah & Tidak Mengaku Kalah

Selepas melihat keputusan pilihanraya kecil di Kuala Terengganu dengan kemenangan pada Parti Pas bererti BN atau lebih mudah saya simpulkan UMNO masih tidak belajar dari kecundangan mereka pada PRU ke-12. Dengan sikap tidak mengaku salah dan kalah umno telah memburukan keadaan mereka. Alasan tentang FAKTOR CALON telah memberi penampakan bahawa yang bersalah dan kalah adalah 'calon' bukannya BN atau Umno jadi Umno masih boleh menhirup kopi petang dengan setongkol kuih sambil ketawa dan mungkin berkata : kat KT hari tu , calon tak memberangsangkan , so kalah lah....but the next time kita akan make surekan calon kita yang boleh ambil balik '.
Tu sebab kalah kalau menang lain pula umno akan cakap ' kita sentiasa bekerja keras dan dengan kemenangan ini bererti rakyat masih menyokong umno'. Tak timbul pun kata disebabkan calon umno ni ok maka pengundi terus memberi kepercayaan pada calon dan parti. Kadang-kadang naik rimas lah jugak bila ayat-ayat yang tak sepatutnya keluar , dikeluarkan bagi merosakan suasana dan kenyataan.
Apa-apa pun saya secara peribadi mengucapkan taniah pada umno kerana perjuangan mereka akhir-akhir ini dapat menyedarkan ramai kaum melayu untuk membezakan antara orang Melayu dan orang Islam. Saya katakan seperti ini disebabkan saya juga banyak belajar dari umno kerana umno telah memberi satu suntikan kepada orang Melayu untuk lebih mengenal Melayu itu sendiri.
Saya jarang melihat pemimpin Umno yg mahu mengaku salah dan mengaku kalah. Di Pulau Pinang tidak semua orang umno memberi kerjasama yang baik setelah kalah ,ada yg masih mahu berada dikerusi empuk sambil menakbir sesuatu jawatan sedangkan sepatutnya di serahkan pada pakatan rakyat. Sikap segelintir pemimpin umno ini jugalah yang merosakan umno walaupun ada usul untuk membranding kan kembali umno itu sendiri.
Sesetengah masjid di Pulau Pinang masih di tadbir oleh ahli umno dengan perkataan ' orang masih maukan kami'. Itulah perkataan kalau orang tak mengaku kalah dan salah. Bagaimana umno nak brandingkan kembali kalau insan-insan seperti masih wujud dalam salasilah umno. Mereka inilah yang merupakan akar umbi yang merosakan pohon umno itu sendiri. Rakyat Pulau Pinang dan Kedah memerhatikan hal ini dan hal ini menjadi satu input yang besar kepada pakatan rakyat untuk terus kekal di PRU yang akan datang.

Friday, January 16, 2009

Kenapa Murtad?

Sebetulnya artikel ini ingin saya tulis dalam beberapa hari yang lepas namun disebabkan ada kesibukan yang menyelubungi saya maka saya tangguhkan hingga ke hari ini. Pagi-pagi sebelum sarapan , saya menjenguk dulu blog Ibnu Hashim dan kebetulan pula beliau menulis tentang hal murtad jadi saya sambungkan untuk berbincang tentang hal ini di blog saya sebagai input tambahan.

Semasa saya dan Ijol bertemu Mas Sariban , Ijol juga telah memberitahu salah seorang teman dia yang bernama Yudy telah menukarkan agama dari Islam menjadi agama Buddha. Saya bertanya pada Ijol apa masalahnya hinggakan Yudy ini mengantikan agamanya. Dengan tenang Ijol memberitahu kepada saya bahawa : Gara-gara mau kawinin ceweknya Mas...dia terus masuk Buddha.

Saya juga bertanya apakah ceweknya itu kaya? Jawap Ijol " ngak kaya-kaya kalilah Mas tapi rumah yang dibeliin Yudy baru2 ini aja sekitar 1.3 M Rupiah".

"Orang tua Yudy ngak marah atau apa tanggapan orang tuanya Jol?" tanya saya.

"Uh kalo orang tuanya ngak masalah mas...malah nyokong kok" ngomel Ijol.

" wah gawat nich " cetus saya.

Kemudian saya termenung dan mengeleng-gelang kepala. Saya sampaikan niat saya pada Ijol untuk buat solat hajat secara berjemaah bermohon pada Allah agar Allah kembalikan keimanan Yudy pada Islam.
Persoalannya disini : Yudy dipengaruhi untuk murtad atas 2 perkara iaitu 'cinta' dan ' harta'. Maksud saya kerana ceweknya dan latar belakang ingin kaya dan sebagai jalan mudah untuk keluar dari kemiskinan. Inilah 2 senjata yang sering di jerat untuk murtad. Hal-hal lain masih ada tetapi rata-rata di Malaysia dan Indonesia hanya perkara ini yang menjerat mereka.
Murtad sebenarnya berpunca dari 1 masalah yang utama seperti yang telah saya katakan bahawa : MEREKA MERASAKAN BAHAWA INSTITUSI KETUHANAN TIDAK BEKERJA.
Dari perkara ini akan terbahagi kepada 2 bahagian iaitu :
i. Golongan yang secara diam memikirkan bahawa tiada apa-apa yang buruk akan berlaku kalaupun mereka keluar dari Islam dan memilih agama lain kerana mereka tahu agama sebenarnya adalah sebagai sebuah adat dan menjadi tuntutan untuk beragama sedangkan instutusi Ketuhanan sama saja tidak akan bekerja bagi mereka. Bagi mereka agama adalah untuk memilih bila untuk berhari raya, itu saja dan tak agama apapun bagi mereka sama saja. Cuma yang beza budaya dan masyarakat agama itu yang akan membentuk satu pola masyarakat yang berlatar belakangkan sesebuah agama.
ii. Golongan dipressi yang secara zahir akan menzahirkan kebiadaban mereka terhadap Instutusi Ketuhanan seperti black metal atau JIT kerana merasa terperangkap dengan displin beragama. Bagi golongan-golongan seperti ini sebenarnya mereka adalah golongan yang mempunyai masalah awal yang berpunca di tempat tinggal mereka atau dalam ertikata lainnya mereka mempunnyai masalah dengan orang tua ataupun kehidupan di rumah mereka. Senkangan displin yang merimaskan mereka dengan 'itu tak boleh ' , 'ini tak boleh' dan sebagainya lagi yang menghambat perkembangan minda mereka menjadikan mereka 'tiada agama adalah lebih baik dari ada agama'.
Seperti yang saya katakan , murtad bukanlah hal kecil ataupun bukanlah masalah yang boleh dipandang remeh di dalam Islam. Namun sekiranya ianya dilihat di sudut sebagai rakyat sesebuah negara memanglah hal ini bukan hal yang besar kerana seseorang rakyat berhal memilih agamanya sendiri selepas berumur 18 tahun. Namun sebenarnya pemilihan untuk murtad ini kekadang tidak timbul sebagai pemilihan seorang rakyat namun yang menjadi besarnya masalah ini kerana ini melibatkan HUKUM ISLAM yang telah ditetapkan kepada orang Islam agar tidak murtad.
Bilakah sepatutnya seorang Islam itu diberikan kefahaman terhadap Murtad itu adalah haram dan bagaimana menghalang perkara ini berlaku adalah bermula dari umur seawal 10 tahun lagi. Disini bermaksud ada beberapa perkara yang perlu dirumus dan membahaskan hal murtad ini pada umur seawal 10 tahun samada dalam kontek sekolah ataupun kelas-kelas tambahan. Mereka yang dilibatkan disini akan disuapkan tentang hal akidah dan kefahaman terhadap Islam secara khusus. Hal ini boleh dibincangkan lagi di lain waktu kerana harus disertakan beberapa hujah yang lain sehingga menjadi satu bab syarah yang hanya membincangkan hal-hal murtad.
Berbalik kita kepada 'Kenapa Murtad?'. Baiknya kita bentuk sebuah forum yang boleh membahaskan hal ini dengan mereka yang benar-benar punya wewenang...........

Thursday, January 15, 2009

Bertemu Ustaz Mas Sariban

Seminggu yang lalu saya pergi ke Medan , Sumatera. Setelah 2 tahun tidak menjejakan kaki ke Medan nampaknya Kota Medan tak membawa banyak perubahan. Seperti tahun-tahun yang sebelumnya , Kota Medan tetap sibuk dengan sejuta manusia dari pelbagai pelosok membanjiri kota itu.

Di depan Bandara Polonia telah wujud sebuah stesen minyak yang baru atas jenama PETRONAS. Itupun saya perasan ketika waktu melalui untuk pulang ke Malaysia. Lain-lain hal ialah tentang teman-teman lama, Zul atau Ijol telah memberitahu saya bahawa beliau ada menbiayai sekolah anak-anak yatim yang mempunyai hampir 84 orang santri di situ. Ustaz atau pengelola program ini bernama Mas Sariban.

Pada permulaan cerita ijol , saya memang tertarik kerana teknik mereka mengasuh anak-anak yatim ini sedikit berbeza dengan kita di Malaysia. Oleh kerana modal yang rendah , mereka tak sediakan asrama ataupun sekolah kepunyaan sendiri. Sebaliknya anak-anak yatim ini ditempatkan di rumah jiran2 ataupun tetangga.
Perkara kedua yang membuatkan saya tertarik ialah kerana Ustaz Mas Sariban ini tergolong dalam mereka yang 'cacat penglihatan'. Beliau yang kekadang berjalan teraba-raba pun sanggup mendidik 84 orang anak-anak yatim dan fakir tanpa bantuan dari pemerintah.

Sunday, January 4, 2009

Parasit.

Petang semalam saya di sms seorang kawan. Memberitahu kepada saya bahawa dia balik ke Alor Setar sekejap untuk menjenguk anaknya. Demikian sms itu seolah-olah memberi isyarat kepada saya untuk bertemu beliau di Alor Setar dan berbincang sedikit tentang beberapa hal berkenaan dengan beberapa research dan assingment saya dan beliau.
Sebetulnya assignment antara kami belum bermula , kalau nak bermula pun mungkin paling cepat pertengahan tahun ini. Lagi pula assignment kali ini beliau akan mengetuai deligasi untuk menjejak ulama mutakhir dari Sambas Kalimantan. Saya cuma mahu menumpang assignment beliau sebagai input dan himpunan beberapa syarah yang boleh saya kumpul hasil penulisan ulama tersebut. Itulah niat saya....
Berbalik kepada perjumpaan petang semalam banyak hal yang dapat kami bincangkan. Bermula dari ha-hal kecil yang menjurus kepada persoalan agama dan perkembangan umat Islam di Malaysia hinggalah kepada masalah untung-nasib menjadi Melayu masa kini. Dalam tempoh waktu 2.5 jam tidaklah bayak yang boleh dibincangkan namun akhir kesimpulan dari perbincangan itu , saya menyatakan bahawa kaum Melayu di Malaysia hari ini telah dianggap sebagai 'parasit' dalam negaranya sendiri.
Mana tidak hal ini akan timbul sekiranya semua bantuan-bantuan dari kerajaan dipositifkan oleh kaum yang bernama Melayu. Namun kerana terlalu kecewanya saya kepada sebilangan orang Melayu akhirnya saya simpulkan bahawa kaum Melayu kini telah menjadi parasit kepada negara Malaysia.
Untuk 5 atau 10 tahun mendatang hak dan ketuanan Melayu tidak akan lagi bakalan kekal sebagai bonus untuk kaum Melayu sebaliknya kaum Melayu akan dilayan sama sahaja sebagai rakyat Malaysia lainnya. Ini bermakna segala bonus yang diperolehi sebagai orang Melayu pada waktu kini sebenarnya tidak digunakan sebaik mungkin. Terdapat ramai orang Melayu yang menghancurkan hak ketuanan sehinggakan mereka ini menjadi parasit kerana terlalu gilakan subsudi hingga Malaysia akan jatuh merundum kerana kelemahan Modal Insan yang bernama Melayu ini hanya tinggal insan sahaja...........modal dah tak ada nantinya.
Seorang kawan saya memberitahu saya bahawa mujurlah orang Melayu ini berpegang dengan Islam kalau Melayu ini di pengaruhi agama lain tak tahu macam lagilah nasib dan sifat orang Melayu sekarang ini.
Sikap self fish dah lama tertanam di dada orang Melayu sekarang ini. Bukan senang nak cari orang Melayu yang mahu berkhidmat secara sukarela bagi membantu bangsanya apatah lagi kalau dalam beragama memang susah nak cari orang Melayu yang mahu berkhidmat dengan sukarela membangunkan Islam. Tak banyak dan tak ramai....