Friday, January 16, 2009

Kenapa Murtad?

Sebetulnya artikel ini ingin saya tulis dalam beberapa hari yang lepas namun disebabkan ada kesibukan yang menyelubungi saya maka saya tangguhkan hingga ke hari ini. Pagi-pagi sebelum sarapan , saya menjenguk dulu blog Ibnu Hashim dan kebetulan pula beliau menulis tentang hal murtad jadi saya sambungkan untuk berbincang tentang hal ini di blog saya sebagai input tambahan.

Semasa saya dan Ijol bertemu Mas Sariban , Ijol juga telah memberitahu salah seorang teman dia yang bernama Yudy telah menukarkan agama dari Islam menjadi agama Buddha. Saya bertanya pada Ijol apa masalahnya hinggakan Yudy ini mengantikan agamanya. Dengan tenang Ijol memberitahu kepada saya bahawa : Gara-gara mau kawinin ceweknya Mas...dia terus masuk Buddha.

Saya juga bertanya apakah ceweknya itu kaya? Jawap Ijol " ngak kaya-kaya kalilah Mas tapi rumah yang dibeliin Yudy baru2 ini aja sekitar 1.3 M Rupiah".

"Orang tua Yudy ngak marah atau apa tanggapan orang tuanya Jol?" tanya saya.

"Uh kalo orang tuanya ngak masalah mas...malah nyokong kok" ngomel Ijol.

" wah gawat nich " cetus saya.

Kemudian saya termenung dan mengeleng-gelang kepala. Saya sampaikan niat saya pada Ijol untuk buat solat hajat secara berjemaah bermohon pada Allah agar Allah kembalikan keimanan Yudy pada Islam.
Persoalannya disini : Yudy dipengaruhi untuk murtad atas 2 perkara iaitu 'cinta' dan ' harta'. Maksud saya kerana ceweknya dan latar belakang ingin kaya dan sebagai jalan mudah untuk keluar dari kemiskinan. Inilah 2 senjata yang sering di jerat untuk murtad. Hal-hal lain masih ada tetapi rata-rata di Malaysia dan Indonesia hanya perkara ini yang menjerat mereka.
Murtad sebenarnya berpunca dari 1 masalah yang utama seperti yang telah saya katakan bahawa : MEREKA MERASAKAN BAHAWA INSTITUSI KETUHANAN TIDAK BEKERJA.
Dari perkara ini akan terbahagi kepada 2 bahagian iaitu :
i. Golongan yang secara diam memikirkan bahawa tiada apa-apa yang buruk akan berlaku kalaupun mereka keluar dari Islam dan memilih agama lain kerana mereka tahu agama sebenarnya adalah sebagai sebuah adat dan menjadi tuntutan untuk beragama sedangkan instutusi Ketuhanan sama saja tidak akan bekerja bagi mereka. Bagi mereka agama adalah untuk memilih bila untuk berhari raya, itu saja dan tak agama apapun bagi mereka sama saja. Cuma yang beza budaya dan masyarakat agama itu yang akan membentuk satu pola masyarakat yang berlatar belakangkan sesebuah agama.
ii. Golongan dipressi yang secara zahir akan menzahirkan kebiadaban mereka terhadap Instutusi Ketuhanan seperti black metal atau JIT kerana merasa terperangkap dengan displin beragama. Bagi golongan-golongan seperti ini sebenarnya mereka adalah golongan yang mempunyai masalah awal yang berpunca di tempat tinggal mereka atau dalam ertikata lainnya mereka mempunnyai masalah dengan orang tua ataupun kehidupan di rumah mereka. Senkangan displin yang merimaskan mereka dengan 'itu tak boleh ' , 'ini tak boleh' dan sebagainya lagi yang menghambat perkembangan minda mereka menjadikan mereka 'tiada agama adalah lebih baik dari ada agama'.
Seperti yang saya katakan , murtad bukanlah hal kecil ataupun bukanlah masalah yang boleh dipandang remeh di dalam Islam. Namun sekiranya ianya dilihat di sudut sebagai rakyat sesebuah negara memanglah hal ini bukan hal yang besar kerana seseorang rakyat berhal memilih agamanya sendiri selepas berumur 18 tahun. Namun sebenarnya pemilihan untuk murtad ini kekadang tidak timbul sebagai pemilihan seorang rakyat namun yang menjadi besarnya masalah ini kerana ini melibatkan HUKUM ISLAM yang telah ditetapkan kepada orang Islam agar tidak murtad.
Bilakah sepatutnya seorang Islam itu diberikan kefahaman terhadap Murtad itu adalah haram dan bagaimana menghalang perkara ini berlaku adalah bermula dari umur seawal 10 tahun lagi. Disini bermaksud ada beberapa perkara yang perlu dirumus dan membahaskan hal murtad ini pada umur seawal 10 tahun samada dalam kontek sekolah ataupun kelas-kelas tambahan. Mereka yang dilibatkan disini akan disuapkan tentang hal akidah dan kefahaman terhadap Islam secara khusus. Hal ini boleh dibincangkan lagi di lain waktu kerana harus disertakan beberapa hujah yang lain sehingga menjadi satu bab syarah yang hanya membincangkan hal-hal murtad.
Berbalik kita kepada 'Kenapa Murtad?'. Baiknya kita bentuk sebuah forum yang boleh membahaskan hal ini dengan mereka yang benar-benar punya wewenang...........

No comments: