Sunday, January 4, 2009

Parasit.

Petang semalam saya di sms seorang kawan. Memberitahu kepada saya bahawa dia balik ke Alor Setar sekejap untuk menjenguk anaknya. Demikian sms itu seolah-olah memberi isyarat kepada saya untuk bertemu beliau di Alor Setar dan berbincang sedikit tentang beberapa hal berkenaan dengan beberapa research dan assingment saya dan beliau.
Sebetulnya assignment antara kami belum bermula , kalau nak bermula pun mungkin paling cepat pertengahan tahun ini. Lagi pula assignment kali ini beliau akan mengetuai deligasi untuk menjejak ulama mutakhir dari Sambas Kalimantan. Saya cuma mahu menumpang assignment beliau sebagai input dan himpunan beberapa syarah yang boleh saya kumpul hasil penulisan ulama tersebut. Itulah niat saya....
Berbalik kepada perjumpaan petang semalam banyak hal yang dapat kami bincangkan. Bermula dari ha-hal kecil yang menjurus kepada persoalan agama dan perkembangan umat Islam di Malaysia hinggalah kepada masalah untung-nasib menjadi Melayu masa kini. Dalam tempoh waktu 2.5 jam tidaklah bayak yang boleh dibincangkan namun akhir kesimpulan dari perbincangan itu , saya menyatakan bahawa kaum Melayu di Malaysia hari ini telah dianggap sebagai 'parasit' dalam negaranya sendiri.
Mana tidak hal ini akan timbul sekiranya semua bantuan-bantuan dari kerajaan dipositifkan oleh kaum yang bernama Melayu. Namun kerana terlalu kecewanya saya kepada sebilangan orang Melayu akhirnya saya simpulkan bahawa kaum Melayu kini telah menjadi parasit kepada negara Malaysia.
Untuk 5 atau 10 tahun mendatang hak dan ketuanan Melayu tidak akan lagi bakalan kekal sebagai bonus untuk kaum Melayu sebaliknya kaum Melayu akan dilayan sama sahaja sebagai rakyat Malaysia lainnya. Ini bermakna segala bonus yang diperolehi sebagai orang Melayu pada waktu kini sebenarnya tidak digunakan sebaik mungkin. Terdapat ramai orang Melayu yang menghancurkan hak ketuanan sehinggakan mereka ini menjadi parasit kerana terlalu gilakan subsudi hingga Malaysia akan jatuh merundum kerana kelemahan Modal Insan yang bernama Melayu ini hanya tinggal insan sahaja...........modal dah tak ada nantinya.
Seorang kawan saya memberitahu saya bahawa mujurlah orang Melayu ini berpegang dengan Islam kalau Melayu ini di pengaruhi agama lain tak tahu macam lagilah nasib dan sifat orang Melayu sekarang ini.
Sikap self fish dah lama tertanam di dada orang Melayu sekarang ini. Bukan senang nak cari orang Melayu yang mahu berkhidmat secara sukarela bagi membantu bangsanya apatah lagi kalau dalam beragama memang susah nak cari orang Melayu yang mahu berkhidmat dengan sukarela membangunkan Islam. Tak banyak dan tak ramai....

No comments: