Monday, December 29, 2008

IMP , ISP & IMkP

Islamic Manufacturing Practice , Islamic Sale Practice & Islamic Marketing Practice. Ketiga-tiga perkataan di atas mungkin baru bagi kaum Melayu. Yang sering didengar adalah IMP -Islamic Manufacturing Practice tetapi yang 2 lagi tu memang jarang yang nak bercakap atau mahu bersembang tentangnya.
Melalui telefon , seorang teman menelefon saya bertanyakan tentang IMP. Dalam telefon dia bertanya : Tuan , boleh cerita tak tentang IMP?
Jawap saya : Cerita mcm mana yg Tuan nak ni?
Teman saya : Apadia IMP ni mengikut fahaman Tuan?
Jawap saya : Islamic Manufacturing Practice - Amalan Pengilangan secara Islam. Semua aktiviti berpandukan syarak termasuk sistem pembelian dan simpanan bahan. Maksud saya Islamic Purchasing Practice atau Amalan Pembelian secara Islam. Panjang kalau nak cerita tentang IMP ni tuan. Kalau tak habih bateri boleh habib credit pun cerita tak habih lagi ni.
Teman saya : mmm lagu tu nho....bila boleh jumpa?
Jawap saya : Petang esok......

Dalam pertemuan tu saya memberitahu bahawa Islam mempunyai standardnya sendiri dalam pengilangan, pembelian, jualan, pembungkusan , simpanan bahan dan proses-proses tertentu sehingga produk itu dijamin akan kesucian pengeluarannya.
Teman saya meminta standard yang saya katakan dan saya memberitahu dia bahawa kalau hanya sekadar teori boleh tapi kalau praktikal saya tak mampu buat seorang diri. Dan dengan ringan hati saya mengariskan semuanya dalam teori diatas kertas A4 dengan tulisan tangan. Saya memberitahu beliau , ini hanya draft belum sepenuhnya.

No comments: