Monday, December 29, 2008

Meniaga Larut Malam ( MLM )

Istilah MLM yang kedua ialah Meniaga Larut Malam. Semalam rumah saya dikunjungi oleh seorang yang dulunya aktif dalam MLM di daerah Taiping. Mungkin kerana rezeki yang dijanjikan bukanya dari MLM ataupun mungkin beliau juga tidak arif dalam memahami MLM maka beliau yang bertandang ke rumah meluahkan kekecewaan beliau dalam perniagaan MLM.
Bila saya lihat pula komen dari Sdr Zaiful , saya rasa ada baiknya saya akan panjangkan perkara ini kepada mereka yang inginkan ilmu didalam MLM.
Terus-terang saya katakan , saya adalah orang yang layak kalau nak bercakap tentang 'ketidak-fahaman' didalam MLM. Saya memang tidak tahu dan tidak tertarik dengan MLM. Tapi kalau nak bercakap tentang kejayaan MLM , saya memang TIDAK LAYAK tetapi insan-insan seperti Sdr. Zairul kita boleh membantu. Bagi saya itulah gunanya kita berbincang.
Perkara yang kedua yang membelenggui saya pula adalah 'kecetekan' ilmu agama saya didalam jual-beli secara Islam. Didalam Islam ada khiar dan syarat-syarat jualan yang telah gariskan dan saya melihatnya ada beberapa perkara yang wujud dalam syarikat MLM tidak mematuhi khiar jual-beli didalam Islam.
Teman saya bertanya kepada saya "berapakah kos asas untuk produk MLM yang dijual dengan harga rm18.00''. Saya tersenyum kepada beliau dan sambil saya menyatakan modal asas adalah seperti berikut :
Botol rm 1.30
Material 100ml/100gm rm 3.30
Label rm 0.40
Kotak rm 1.00
JUMLAH rm 6.00
Dan teman saya kemudiannya berkata uhhhh...macam tu. Saya katakan yang selebihnya adalah kos sistem MLM dan pembahagian bonus serta keuntungan syarikat. Teman saya berkata lagi : Kalau kita jual rm12.00 bermakna kita telah lipatkan 100 % keuntungan kasar dalam syarikat , gitukan? Saya katakan iya. Dan saya melihat dahi teman saya muka berkerut.....
Saya beritahu kepada teman saya , rata-rata MLM akan hadkan hanya 25% saja kos produk termasuk pembungkusan seperti diatas. Sekiranya harga jualan retail rm50.00 kos produk adalah dianggarkan dalam rm12.50. Itupun kekadang dah termasuk tinggi kos yg saya katakan tu. Teman saya anggukkan kepala sambil memberi syarat dia mulai faham akan kos produk dalam MLM. Dan teman saya mula dapat memahami kenapa saya katakan ada pengaliran wang yang diumpama tidak ekonomi dalam produk MLM.
Saya juga memberi tahu teman saya , rata-rata orang didalam MLM adalah berhatikan broker. Begitulah komisen broker dihitung dalam bonus kumpulan ataupun bonus leader. Saya memohon maaf sekiranya apa yang saya paparkan disini mengganggu sedikit kefahaman tentang MLM kerana ada sebahagian MLM hanya menggantikan istilah untuk disesuaikan didalam jual-beli secara Islam.

No comments: