Thursday, December 25, 2008

Dah hampir 2009 & Konon-kononnya....

Dah hampir 2009 ni rasa teringin pulak nak jenguk blog yang dah lama saya tinggalkan. Saya rasa ada baiknya biarlah saya teruskan blog ni. Samada blog ni baik atau tidak baik , yang baiknya harus diteruskan.
Bercakap tentang 2008 , saya rasa banyak hal yang boleh kita bincangkan. Tentang ekonomi Melayu , tentang politik Melayu dan pelbagai lagi masalah yang bersangkut dengan Melayu. Apa yang istimewanya Melayu?
Cukup istimewa Melayu ni....walaupun dipimpin oleh pemimpin Melayu namun orang Melayu rata-rata tetap mundur. Mundur minda dan pelaksanaan hukum bertuan. Ituah yang menjadikan Melayu ni istimewa.
Tahun 2008 kita dapat menyaksikan pelbagai rangka ekonomi yang dibentuk bagi memajukan kaum Melayu. Ada banyak MLM yang konon-kononnya nak bantu Melayu. Kemudian berderet-deretlah produk Melayu kononnya bagi mengisi ruang ekonomi dalam ayat power untuk membantu ekonomi Islam dan seterusnya orang Melayu kita.
Pirah.........
Bagi saya kalau ada company Melayu yang buat sistem MLM kononya untuk Melayu , bagi saya ni satu propaganda sekadar hanya nak memperbodohkan kaum Melayu sendiri. Apa tidaknya bodoh, kalau harga produk yang dijual lebih tinggi dari dalam pasaran terbuka. Kononnya barang berkualiti perlu mahal. Pirah..........
Ada sesetengah produk dalam MLM rm18.00 , diluar produk yang sama dengan kualiti yang sama cuma dalam rm12.00. Ekonomi apanya kalau MEMBAZIR RM6.00. Ekonomi kah tu? Pirahhhhhhh
Sesetengah yang lagi teruk cuma ambil produk non-muslim, kemudian packing dan kemudiannya lagi paksa orang Melayu beli produk dia. Konon-kononya produk keluaran muslim. Apa kebenda la company ni. Duduk tak duduk nak kena bayar toll pula kat dia dalam Rm6.00. Tak kebodohnya kita kalau kita pun ikut bazirkan duit kaum kita dengan belanja lebih rm6.00.
Tapi ialah , yang sokong dia majoriti yang bangkang dia moniriti. Dah tentu la yang dikatakan bodoh golongan yang minoriti.
Petang 3 hari lepas , saya ada bincang dengan kawan2 tentang hal ni. Jawapanya samalah dengan yang saya kata tadi , minoriti tetap bodoh ! Itulah tanggapan puak-puak yang tak majoriti.