Thursday, January 15, 2009

Bertemu Ustaz Mas Sariban

Seminggu yang lalu saya pergi ke Medan , Sumatera. Setelah 2 tahun tidak menjejakan kaki ke Medan nampaknya Kota Medan tak membawa banyak perubahan. Seperti tahun-tahun yang sebelumnya , Kota Medan tetap sibuk dengan sejuta manusia dari pelbagai pelosok membanjiri kota itu.

Di depan Bandara Polonia telah wujud sebuah stesen minyak yang baru atas jenama PETRONAS. Itupun saya perasan ketika waktu melalui untuk pulang ke Malaysia. Lain-lain hal ialah tentang teman-teman lama, Zul atau Ijol telah memberitahu saya bahawa beliau ada menbiayai sekolah anak-anak yatim yang mempunyai hampir 84 orang santri di situ. Ustaz atau pengelola program ini bernama Mas Sariban.

Pada permulaan cerita ijol , saya memang tertarik kerana teknik mereka mengasuh anak-anak yatim ini sedikit berbeza dengan kita di Malaysia. Oleh kerana modal yang rendah , mereka tak sediakan asrama ataupun sekolah kepunyaan sendiri. Sebaliknya anak-anak yatim ini ditempatkan di rumah jiran2 ataupun tetangga.
Perkara kedua yang membuatkan saya tertarik ialah kerana Ustaz Mas Sariban ini tergolong dalam mereka yang 'cacat penglihatan'. Beliau yang kekadang berjalan teraba-raba pun sanggup mendidik 84 orang anak-anak yatim dan fakir tanpa bantuan dari pemerintah.

No comments: