Saturday, March 28, 2009

PAKATAN RAKYAT JANGAN CARI ALASAN

Mahu tidak mahu Pakatan Rakyat jangan mencipta apa-apa alasan bai menutup kelemahan sengkangan politik setelah Umno membuka lembaran setelah tamatnya perhimpunan pada hari ini. Barisan MT dan muka-muka baru yang memegang portfolio dalam Pemuda adalah merupakan barisan agresif yang akan berjuang habis-habisan bagi merebut kembali maruah Umno di Malaysia. Saya memandang perlantikan Sdr. Khairy adalah sebagai paradigma yang dirancang bagi mengoyangkan pengundi khususnya kalangan belia yang bakal diserap sebagai pengundi dengan jumlah 4 juta pengundi baru.
Apakah Najib akan memberi laluan kepada Khairy untuk memegang Kementerian Belia dan Sukan pada masa yang akan datang bagi memudahkan Ketua Pemuda yang baru ini membuat tajahan-tajahan berbisa bagi mengisi ruang belia agar barisan Pemuda dan Belia Negara akan di serap di bawah tangan beliau. Hal ini semestinya adalah satu suasana yang sebenarnya telah disusun kian sebelum berlaku pemilihan di PWTC lagi. Banjiran-banjiran komplen dan komen yang tidak berpuas hati dengan perlantikan Khairy terus berkemundang walaupun bas-bas dan kereta telah sampai di perkarangan rumah pemerhati dan perwakilan. Banyak cerita yang merupakan cerita biasa ataupun sebuah rekayasa yang sengaja dicipta bagi mengeruhkan suasana yang berlaku.
Dalam situasi yang lain pula Anwar sebenarnya telah menyenaraikan juga gagasan baru beliau bahawa Parlimen akan terus di goyah dan di goyang beliau bagi merealisasikan PKR bertindak sebagai sebuah kerajaan dalam tempoh yang dirancang. PRU 13 akan terus menyemarak kerana orde-orde baru Umno dengan semangat Presiden yang baru akan membuktikan kehebatan mereka di 3 buah tempat mengundi dalam masa yang terdekat ini. Namun ingin saya ingatkan bahawa Pakatan Rakyat sekarang ini mengalami tekanan yang agresif setelah polis mengeluarkan amaran tidak diperbolehkan berceramah di tempat umum.
Di Pulau Pinang baru-baru ini kes Fairos masih lagi menjadi kes utama kelemahan Pakatan Rakyat dilihat dari kaca mata rakyat bawahan bahawa PKR & DAP gagal mengatur strategi kepimpinan yang mantap setelah beberapa kelemahan pentadbiran di tunjukan oleh Fairos. Ramai rakyat Pulau Pinang yang benar-benar kecewa dengan Fairos bila Fairos mengugurkan / membatalkan perlantikan Pengerusi JKKK baru-baru ini menyebabkan kerajaan kecil itu tidak dapat bergerak dengan selesa. Sekarang di Pulau Pinang kesemua Pengerusi JKKK telah di batalkan perlantikan mereka dan mereka merasa amat kecewa dengan sikap Fairos yang kini tanpa di duga terus meletakan jawatan dengan mengantungkan persoalan ini tanpa sebarang jawapan yang pasti.
Pakatan Rakyat harus bertindak pintar sebelum banyak hal lain akan terbongkar yang akhirnya akan menjerumuskan Pakatan Rakyat dalam sebuah Parti yang hanya merugikan rakyat.

No comments: