Saturday, May 9, 2009

PAS - PARTI POLITIK ATAU GERAKAN JEMAAH ?

Seminggu saya di Thailand menjadikan pandangan saya semakin luas tentang fahaman politik di Thailand dan sedikit tentang politik di tanah air. Sepulang saya dari Thailand juga dikejutkan dengan puluhan sms tentang perkhabaran negeri Perak dan pertanyaan khabar tentang negeri Perak. Oleh kerana saya tidak berada di Perak maka saya simpulkan saya tidak boleh berpandukan sms masuk dan khabar angin jadi tentang negeri Perak tak perlulah dibincang sangat kerana itu adalah masalah negara. Bagi saya , saya lebih berminat berbincang masalah kecil seputar masyarakat tempatan bagi memberi suntikan minda agar sesuatu yang dekat itu perlu di rubah terlebih dahulu dari merubah sesuatu yang jauh dari kita.
Saya tiba dari Thailand jam 9:00 malam di rumah dan pada jam 11:00 malam , seorang sahabat lama yang sama-sama bersekolah di secandary school tiba-tiba menelefon saya untuk ajak minum malam. Biasanya saya menolak minum malam kerana banyak urusan yang ingin saya buat tetapi memandang sahabat ini dari KL dan terus singgah di rumah maka menerima pelawaan minum bersama beliau adalah merupakan satu penghormatan buat beliau.
Kami membuat keputusan untuk pergi minum dengan kereta beliau dan di temani seorang teman lagi iaitu Bekas Ketua Pemuda Pas Kawasan yang terlebih dulu berada lebih awal secara kebetulan di rumah saya. Sahabat saya yang dari KL ini juga adalah merupakan bekas ahli Umno yang berjawatan suatu ketika dulu. Saya pasti , agenda sewaktu minum pasti berkisar tentang Perak atau mungkin juga demam politik Malaysia yang masih panas. Kebetulan juga sahabat saya ini tahu bahawa pemergian saya ke Thailand adalah untuk mengambil sendiri cerita tentang si baju Merah iaitu penyokong Thaksin tentang latar belakang politik Thailand. 2 hari di Pattaya memberikan gambaran sebenar kepada saya bahawa politik Thailand memang stabil dan tingkat keselamatan di Pattaya telah diletakan kepada siaga 3 iaitu kategori keamanan terkawal.
Seperi yang di duga sewaktu minum malam itu , sahabat dari KL terus menanyakan soalan kepada teman saya yang satu lagi ' Pas ni sebenarnya Parti Politik atau Gerakan Jemaah? '.
"Gerakan jemaah " jawap teman yang satu lagi iaitu bekas Ketua Pemuda Pas suatu ketika dulu.
Sahabat dari KL terus berhujah....patut pun. Katanya patut pun Pas tak pernah buat apa-apa agenda atau latihan pengurusan kerajaan Islam pada ahli-ahli Pas sehinggakan rata-rata ahli Pas tak begitu arif tentang kerajaan Islam. Saya mendergar dengan penuh kusyuk bila hal ini di hujah dengan begitu baik.
Persoalannya di sini ialah sahabat saya yang dari KL ini merasakan bahawa ramai Ahli Pas yang tidak sedar bahawa Pas adalah sebuah gerakan jemaah Islamiah yang cuba berjinak dengan politik namun Pas tidak berupaya menyediakan sebuah protokol politik Islam mengikut acuan Rasullullah sebaliknya menunggu kalau-kalau ada insan / individu yang hampir mempunyai jiwa kepimpinan maka individu itu akan terus diletakan sebagai sasaran pemimpin dengan acuan nya sendiri sehinggakan bakal timbul beberapa keraguan dalam sistem Parti Pas kerana perjalanan parti Pas tidak disusun secara sistematik.
Sahabat saya berkata Pas adalah sebuah parti yang tidak bersistem mastik jadi bagaimana sebuah parti yang tidak bersistem matik mampu menerajui sebuah kerajaan. Sahabat saya memberitahu suatu ketika nanti Pas harus janakan ekonomi Parti mereka agar bakal rakyat mampu melihat dasar ekonomi Islam berpaksi atas Parti Pas bukannya asyik menyeru pada politik dan takbir namun akhlak yang dibina jauh menyimpang dari tuntutan syarak.
Memperjuangkan Islam itu benar , menjadikan Islam sebuah kerajaan itu benar tapi benarkah perjalanan Parti Pas di bumi Malaysia ini?
Sampai sini , kami bertiga diam dan masing-masing seolah-olah malas nak menyambung tajuk perbincangan tadi kerana atas beberapa sebab iaitu.....apa yang dikatakan oleh sahabat dari KL ini ada benarnya....

No comments: